Tuesday 31 July 2012

Segmen Mokcik Kayo dengan ChurpChurp!!!...

Zaman sekarang semua orang nak senang...nak jadi kayo pun dengan cara yang sonang...ado banyak caro..:
1. Boleh merompak kodai omas kat Pilah nun..
2. Boleh main nombor ekor
3. Boleh pau kawan yang mano-mano dapat bonus terlobih tu..
4. Boleh tipu orang dengan wat skim copat kayo...

Tapi!!!..Tapi!!...
adakah cara-cara diatas betul dan halal??plus lagi sebonarnya nak rompak bank ko kodai omas ko lagi susah!!..
maka, dalam segmen Mokcik Kayo ni ...hendaklah mokcik terangkan serba sedikit cara-cara nak menjadi kaya...dengan mudah..ececey!~~..(ayat macam kan dah kaya rayo je..juah botui mokcik nih...tipu ko bonar???ado yang nak kono penompar kang..)

ok2..mokcik takdola kayo rayo macam jutawan nu ha..tapi mokcik boleh la share2 dengan semua cara-cara nak  tambahkan pendapatan dengan mudah...

caranya ialah:..

dengan mendaftarkan account tak kira la Fb ke Twitter ke atau blog anda ke laman web Churpchurp ni..
Churpchurp ni mcm nuffnang la...ala nuffnang yang tetiap bulan bagi kat Hanis Zalikha 3-4 ribu tetiap bulan tu..haa...korang tak nak keww??...jadi fames amos cam Hanis Zalikha  plus duit masyuuuukkkk ajo tetiap bulan??...kalau murah rejeki ntah-ntah ke lagi banyak dari gaji korang tetiap bulan tu...(gilo tinggi bonar mokcik ni berangan..)


tipu la kalau tak nak...kan??kan?? (ado tu pokcik yang misai toba kat belakang tu...muke macho jo..ego la tu kato tak nak tapi dalam ati tu mulo lo nak tanyo mentang apekah Churpchurp nih??..balik ghumah kang dia mosti sosah tab anok dio...search ttg Churpchurp nii..)

ok tak mau citer panjang-panjang uolls klik je kat  sini lepas tue isi....lepas dah isi submit...:)

dan kalau nak senang....bila dah klik
 sini...terus ja klik sign in with facebook...ha memang mudoh gila!!gila pun tak semudoh ini...

...duit akan masyuk everytime org klik kat ur FB ke Twitter ke takpun Blog korang...haa..sonang jo kojo kan??..alang-alang tetiap hari sobolom nak start kojo korang buka Fb kan??..pastu tengahari member lak Tweet nak ajak gi lunch kan?...ha..pastu time-time boring uolss sume tulis kat blog kan??..tak kira pulak tu dok bergosip-gosip sakan kat Fb tu...haaa..jangan tak tau zaman sekarang bergosip pun leh mendatangkan duit selain dari dosa...huhu!!(-.-)' nak dapat pahala untuk cover balik dosa-dosa bergosip tu elok la sedekahkan duit yang dapat dari Churpchurp ni dalam akaun mokcik ni ha...beramal jariah giteww!~~..

ok jangan buang masa!!...daftar sekarang!!!...daftar sekarang!!..daftar sekarang!!!....

p/s:tak tau nape tetibe tertulis gune bahasa org nogori...walhal mokcik bukan org nogori ponn....hentam sajalah labuuuu!!~~~~

Always on the look out for hilarious memes and interesting links? The best of the Internet's at #ChurpChurp.

Friday 15 June 2012

Abanglong Yang Ibu Sayang..

Abanglong memang jenis yang suka memilih makanan...semua orang yang di sekeliling dia tahu tentang kecerewetan Abanglong ni..
Dari kecik, dia hanya gemar minum susu sahaja...dari kecik sehingga la sekarang (umur 4 tahun) susu mesti 8oz dan dibancuh 5-6 kali..(masa baby 8-12 kali)..nasi?hmm...masakla macam mana hebat pun resepi..suruh la tak kira Chef wan ke Juara Masterchef tu masak...dia takkan ada rasa nak makan!!!..cuma ada hari-hari yang dia terasa nak makan, dia akan makan...kalau tak...hmm..'Ibu, Abanglong nak susu!', malahan sekarang ni setiap malam dia akan bangun tengah malam untuk minta susu..serius macam baby!!

Pengasuh dia dulu pernah bersungut yang dia hanya akan makan nasi banyak kalau dia masak sup sayur atau kari udang. Maka terpaksa la Supermak menghulur duit bulanan lebih sikit asalkan hari-hari pengasuh Abanglong boleh masak lauk kegemaran dia setiap hari. Tapi itu pun ikut mood..lima suap tu dah kira 'banyak' bagi dia..perut dah kenyang...


Masa cuti pantang bersalin kan si Adik Mak Tok pernah kejar Abanglong keliling rumah sebab nak suap dia makan...sebab dah seminggu lebih tak makan nasi asyik minum susu aje. Natijahnya terpaksa la Tok Ayah bawa round naik motor keliling kampung untuk satu suap..kemudian ronda lagi untuk satu suap yang lain..berulang-ulang hingga la habis nasi di pinggan Mak Tok. (Buat trick konon-konon minyak dah habis so, kena makan untuk refill minyak motor.) Begitu susah Abanglong nak makan nasi.

Supermak pernah menangis-nangis kecewa kerana setelah penat bertungkus lumus memasak masakan yang 'di order' Abglong, last-last dia tak nak makan langsung pun..Sentap ati mak nakkk!!

Nenek Abanglong juga pernah membawa Abanglong keliling kedainya untuk biar dia memilih apa makanan yang dia nak yang ada dalam kedai Nenek..lastly he end up dengan menunjuk ke arah kotak-kotak 'Ding Dang'...huhu!!

Mak Tok dengan Tok Ayah pernah bawa Abanglong pergi 'berubat' secara kampung untuk naikkan selera makan tapi...tak berkesan...Abanglong masih budak yang susah nak makan juga..
dan berbotol-botol vitamin Appeton Lyseine (supplement meningkatkan selera makan) dibeli dan diberikan pada Abanglong..langsung tak jalan..

Kami juga pernah bawa dia ke Doktor Pakar Kanak-Kanak di DEMC tapi keputusan dia sama sahaja...susu jugak menjadi pilihan hati...

Di sekolah, cikgu kata terpaksa bancuh susu 3 kali sehari untuk Abanglong sorang je sedangkan budak-budak yang lain hanya sekali sehari. Ini kerana dari pagi hingga ke petang dia tak nak makan apa-apa pun. 

Sebagai ibu, Supermak memang risau sangat dengan pemakanan Abanglong ni...ialah budak yang sedang membesar haruslah makan makanan yang berkhasiat dengan kadar yang mencukupi...kalau ikut diet Abanglong memang tak normal la...bayangkan dia hanya makan nasi seminggu sekali atau dua kali..itu pun makan nasi lauk telur dan kicap sahaja. Lain-lain masa dia akan minta minum susu.

Tapi Alhamdulillah Abanglong membesar macam budak biasa walaupun kurus sedikit. Dia cergas dan cerdik..Last week sekolah dia ada exam mid term. (kelakar budak tadika 4 tahun pun ada exam) dan harini hari report card...Supermak balik kerja awal sebab nak ambil report card dia..dan inilah keputusan Abanglong untuk semster ini setelah baru 5 bulan bersekolah...Supermak Bersyukur !!!...


Tuesday 12 June 2012

Ke-sterss-an..

Salam..wbkth..

Sekarang musim periksa..
walaupun Supermak hanya amik 2 subjek je untuk sem ni tetap terasa kestressannya...
sebab dah hampir sepuluh tahun meninggalkan alam 'pembelajaran'..
memang agak susah la otak ni nak berfungsi menghafal segala takrifan, terminologi, dan juga formula..
teringat zaman universiti 10 tahun lepas dulu, selalu baca notes sekali then buat mind map, lepas study baca mind map dan cuba serapkan dalam otak..selalu baca paling banyak pun 3 kali dah faham dan ingat..lepas tu try buat soalan-soalan periksa yang lepas-lepas then buat discussion dengan kawan-kawan..lepas tu hadapi exam dengan confidentnye..

Tapi sekarang belum buat mind map lagi, cuba nak fahamkan dan extract dari notes pun baca 4-5 kali still tak faham..hmmm...:'( *nangis* lepas tu kene bahagikan masa untuk study...kat office kerja pun banyak, nak kejar monitoring...kena habiskan semua analisis makmal sebelum 20 haribulan. Tarikh exam dah makin dekat..So tak cukup masa nak curi-curi study..Kat rumah pulak, kalau anak-anak masih tak tidur atau bermain-main memang tak boleh nak concentrate la..sebab 2 orang anak ni pun bising nye macam 1 nurseri..tu tak kira lagi kalau bergusti tu kena jadi referree untuk leraikan...tak kira kerja rumah lagi, masak untuk suami dan anak-anak nak makan..hmm..memang ikutkan tak ada masa la...kena tunggu semua orang tidur, dan dah siap semua kerja rumah, baru boleh buka buku..selalunya pukul 11.00 malam dan ke atas..

Kadang-kadang jiwa kecil ni mengeluh jugak la..hmm..kalau bujang kan senang...tak payah nak uruskan itu ini, tak payah fikir nak kena masak or uruskan rumah, tak payah fikir nak kena jaga anak sambil dok menghafal nota..concentrate study je 24H...mesti boleh score macam dulu-dulu...rasa nyesal tak sudah tak sambung Master ni awal-awal dulu lepas habis degree...bla..bla..bla..

Tapi bila fikir, takdir Allah Swt tu melebihi segalanya, baru Supermak fikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..lagipun uruskan keluarga dan makan minum suami pun tu satu tanggungjawab yang wajib juga..biarla tak cukup masa untuk study tapi manatau Allah beri kita keredhaan mempermudahkan kita menjawab soalan masa exam nanti??..Supermak pujuk hati ini supaya tak mengeluh lagi..lagipun menjaga hati dan perasaan suami serta mendapat keredhaannya lebih mulia..dari score masa exam tapi hati suami kita tak redha dengan apa yang kita buat..walaupun nampak susah sekarang, semoga apa jua yang Supermak lakukan akan diberkati..AMIIIINN!!!~~

Friday 1 June 2012

Tips Blogwalking

Pengertian blogwalking adalah berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Atau pengertian blogwalking yang lebih lengkap adalah kegiatan seorang blogger dalam menelusuri serangkaian blog, membaca tulisan di blog tersebut, memberikan komentar, membalas komentar meminta tukaran link, atau hanya meninggalkan komentar di kotak shoutbox. Blog-blog yang ditelusuri saat blogwalking bisa blog baru, blog sahabat yang sudah terdapat di “blogroll“, dari daftar blog yang memberikan komentar di blog blogger yang melakukan blogwalking, maupun dari daftar blog di blog lain.

Blogwalking sangat ampuh dalam promosi blog untuk meningkatkan pengunjung sehingga mempercepat peningkatan peringkat alexa (alexa rank). Bukan hanya promosi blog untuk menarik pengunjung baru namun juga bisa menambah pengunjung setia blog kita bila blogwalking dilakukan dengan baik, karena akan terjalin persahabatan antar sesama blogger atau kalau boleh disebut “bloggerhood”.

Agar kegiatan blogwalking lebih efektif sebagai cara promosi blog, berikut adalah tips-tips yang perlu diketahui saat melakukan promosi blog dengan blogwalking.

Tips-tips Dalam Blogwalking Untuk Promosi Blog

  1. Tinggalkan komentar yang sopan, bersahabat, dan sesuai dengan isi tulisan saat blogwalking sehingga anda tidak dianggap spammer dan pemilik blog maupun pengunjung lain tertarik.
  2. Sebaiknya lakukan blogwalking setelah melakukan posting di blog kita bukan sebelumnya, agar tulisan terbaru mendapat komentar dari kunjungan balik.
  3. Perbanyak blogwalking di blog yang telah memasang plugin “commentluv” dan tinggalkan komentar di blog tersebut. Plugin ini akan menampilkan judul tulisan terbaru dari blog kita di bagian bawah komentar yang kita tulis sehingga bisa menarik kunjungan balik dari pemilik blog maupun pengunjung lain di blog tersebut.
  4. Perbanyak blogwalking dan komentar di blog yang memasang plugin “Top Commentator”. Dengan begitu nama dan blog kita akan terpasang dibagian sidebar dan umumnya blogger suka dengan pemberi komentar terbanyak dengan kualitas komentar yang baik.
  5. Perbanyak blogwalking ke blog yang menganut system “dofollow” dan tinggalkan komentar di blog tersebut. Selain menarik pengunjung, blog dofollow juga bisa memberikan tambahan backlink gratis ke blog kita.
  6. Saat blogwalking sebaiknya tinggalkan komentar di bagian tulisan atau postingan blog yang dikunjungi daripada meninggalkan komentar di bagian “shoutbox“. Komentar di bagian tulisan bisa lebih interaktif dibandingkan di shoutbox, sehingga tidak hanya menarik empunya blog untuk berkunjung balik tapi juga pengunjung lain.
  7. Hindari menyisipkan link di komentar saat blogwalking karena berpotensi dideteksi sebagai komentar spam. Manfaatkan fasilitas “commentluv” bila blog yang dikunjungi sudah memasang plugin tersebut atau widget “shoutbox” untuk meninggalkan link.
  8. Perbanyak blogwalking dan komentar di blog yang memiliki niche yang sama dengan blog kita, karena kemungkinan besar pengunjung blog tersebut memiliki minat yang sama.
  9. Tambahkan blog yang kita anggap bermanfaat ke blogroll blog kita dengan bertukaran link, untuk mempermudah kunjungan balik ke blog tersebut.
  10. Berlangganan rss feed blog yang kita anggap bermanfaat untuk mengetahui setiap ada tulisan terbaru di blog tersebut dan tinggalkan komentar di tulisan tersebut. Makin awal kita memberikan komentar yang bermanfaat, biasanya makin dihargai oleh pemilik blog.

Kesimpulan dan Tips Tambahan blogwalking untuk promosi blog

Secara keseluruhan yang perlu diperhatikan saat blogwalking adalah meninggalkan komentar. Atau istilahnya tak ada blogwalking tanpa komentar . Meskipun blogwalking cukup efektif untuk promosi blog namun ada kelemahannya yaitu membutuhkan waktu lebih banyak. Saat kita berhenti melakukan blogwalking biasanya trafik blog juga akan menurun.

Namun hal ini kembali tergantung dari kualitas tulisan blog kita. Kalau tulisan blog kita berkualitas, kunjungan balik akan tetap ada walaupun kita hanya satu kali melakukan promosi blog dengan blogwalking ke blog tersebut.

Alahamdulillah..Syukur....Sudah 5 tahun..!!

Alhamdullillah!!..syukur...sudah 5 tahun..

sudah 5 tahun atau baru 5 tahun??

apa yang ada dalam 5 tahun??
5 tahun lepas tahun ape yer...(congak-congak..)
2007...

macam-macam yang boleh terjadi dalam 5 tahun..
kalau 5 tahun dulu Supermak berat 47kg..sekarang dah 57kg...dan sometime 57kg++..(saje tau tak nak bagitau berat sebenar!!)
kalau orang bersalin, anak dah boleh masuk tadi lima tahun..
kalau budak sekolah 5 tahun lepas baru darjah satu..sekarang dah darjah enam..dah boleh amik periksa UPSR..
kalau budak tingkatan satu pulak, dah boleh amik SPM dah tahun ni...sebab dah tingkatan 5..

ape lagi??
(cepat-cepat..otak bagila idea..)

ooh...loan kereta Mr. Hubby...akan habis tahun ni..sebab ambil loan 7 tahun..
then..
hmm...warranty mesin basuh pun akan habis tahun ni sebab dah 5 tahun pakai..

lagi??..lagii??..

kalau orang baru kahwin...masuk 5 tahun ni maybe dah 2 anak...
(eh macam sama jer???..)

yupp!!..
Today is our 5th anniversary...
cepat je masa berlalu...meninggalkan kita..
macam-macam yang berlaku dalam 5 tahun..macam-macam memori yang kita dapat..
tak kira gembira, sedih, terharu, terkejut+terkujat, seronok, sakit hati...macam-macam lagi.

Supermak bersyukur kerana Allah SWT masih memberi Supermak peluang untuk bernafas di muka bumi ini bersama orang-orang yang Supermak sayang..

Bagi Supermak, tempoh 5 tahun ni banyak beri pengajaran dan pengalaman baru..
dari mula kahwin, belajar macam mana nak jadi isteri, kemudian mengandung, belajar menempuh pengalaman mengandung dan bersalinkan anak (bukan sekali tau...2 kali..) bersyukur sangat kerana dipilih oleh Allah untuk merasai pengalaman-pengalam macam ni...jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang tidak dapat peluang mendapat pengalaman sebegini..

Pengalaman mengandung, bersalin dan menjaga anak-anak ni memang memberi pengajaran yang besar pada Supermak terutama dalam menghargai kehidupan...

Kemudian belajar cara nak jadi ibu...menguruskan rumahtangga dan kerjaya sesempurna mungkin..pengalaman ni beri Supermak pengertian mengenai jerih perit kaum ibu yang sentiasa berkorban untuk keluarga..

Kemudian dapat rezeki kerja di tempat yang Supermak memang idam-idamkan...walaupun tak dapat jawatan yang sepatutnya, Supermak masih lagi bersyukur sangat-sangat sebab jika dibandingkan dengan graduan-graduan yang alain ada yang terpaksa jadi surirumah tangga je selepas kahwin sebab tak dapat kerja..Syukur sangat-sangat!! Alhamdulillah!!

Kemudian dapat pula tawaran menyambung cita-cita Supermak..sambung study di peringkat Master...dengan keadaan Supermak yang sibuk berkerja dan berkeluarga ni Allah masih beri peluang pada Supermak untuk teruskan impian yang terpendam..Alhamdulillah!!!...

Supermak berdoa sangat-sangat supaya jodoh kami panjang hingga ke syurga...Amin!!
Semoga hari-hari mendatang akan lebih memberi kebahgiaan dan kegembiraan dalan hidup ini...Amin!!
Yesss!..I'am blessed!!


Supermak Bersyukur~~

Sunday 20 May 2012

Pertandingan Jonhson's Baby Of The Year 2012

Sejak kelahiran Abanglong sehingga la sebelum dia dapat adik Supermak memang suka masukkan dia kat mana-mana contest baby. Banyak jugak contest yang Supermak participate. Ada yang menang tempat kedua, ada juga ketiga dan pernah juga dapat hadiah saguhati yang tak dapat apa-apa pun pernah jugak. Tapi Supermak tak putus asa sebab memang suka join contest-conyesy baby ni.. Walaupun tak pernah dapat johan tapi Supermak bersyukur jugakla sebab sekurang-kurangnya Abanglong pernah la jugak dipanggil oleh organizer untuk majlis penyampaian hadiah @ ujibakat kanak-kanak. Serius memang dulu-dlu Supermak rajin sangat masuk contest-contest macam ni..pantang ad,a confirmla Supermak atau Mr. Hubby akan bawa Abanglong join. Maklum la, anak first memang excited la bab-bab macam ni..lagipun masa Abanglong kecil-kecil dulu dia suka tangkap gambar dan boleh dikatakan pandai posing jugakla..hasilnya kebanyakkan gambar-gambar dia semua comel-comel. Tapi sekarang bila dah besar dah tak suka ambil gambar pulak...dia pulak jadi tukang tangkap gambar. 


Antara contest yang Supermak masukan Abanglong dulu-dulu adalah Pertandingan Johnson's Baby of The Year. Tiap-tiap tahun tak pernah miss. Tahun pertama dia masuk pada tahun 2008 sempat sampai ke peringkat akhir, masa audition bakat kalah pulak..dah tak ada rezeki..tahun kedua 2009, Abanglong masuk sekali lagi tapi kalai ni kami tangkap gambar kat Tesco je..oleh kerana kualiti gambar pun tak berapa ok, dan mood Abanglong masa photoshoot tu tak berapa baik sebab kerja nak main 'game' kat playground sebelah foodcourt tu, maka sebab itu la kot dia tak terpilih..tahun ketiga 2010, Abanglong masuk lagi, kali ni menang hadiah saguhati..hamper barangan Johnson's Baby bernilai RM100.00 Jadi la kan?? tahun ni dia dah 4 tahun, so dah tak boleh join dah contest ni sebab contest ni hanya untuk baby-baby yang berumur 3 tahun kebawah..


So, tahun ni Supermak rasa giliran adik pulak mencuba nasib. Supermak baru je daftarkan nama Adik semalam. Hopefully ada la rezeki Adik, Insyaallah...tak la mengharap sangat tapi kalau Allah nak bagi rezeki, Insyaallah Adik terpilih Amin!!..


Cara-cara nak masuk contest ni senang je..


1. Pekara pertama yang mesti dilakukan ialah beli berangan Johnson's Baby maksimum RM10 untuk satu gambar, di kedai-kedai berhampiran rumah anda, (pastikan resit pembelian tu disimpan, kalau boleh jangan la beli kat kedai-kedai yang tak mempunyai cash register yang tak mengeluarkan resit.)

2. On Fb anda, kemudian search for 'I love Jonhson's Baby' kemudian 

3. klik 'Like' pada profil tersebut.

4. Kemudian klik kat icon contest dan daftar-isi butir-butir peribadi anda dan baby anda, 

5. Kemudian upload gambar yang hendak dmasukkan dalam contest ni..jangan lupa attach kan sekali resit pembelian barangan Jonhson Baby tu.

6. Kemudian hantar. 


Senang je kan? Jom masuk ramai-ramai!! Selamat Mencuba!!


Ini pulak Gambar Adik yang Supermak daftarkan..cute tak??like mother like son okeh??

Baaaa.....Cakkk!!

Thursday 17 May 2012

10 Pekara Yang Perlu Kita Perlu Fikirkan Sebelum Sambung Belajar Ke Peringakt Master atau pHD


1. Mental kena kuat!!..tak boleh rasa nak cepat mengalah atau down sampai mencium bumi bila kena kondem!!..kalau ade pun tak boleh terlampau lama-biasala siapa yang sambung study tak pernah rasa down sangat tu memang tak normal..(once u rasa down sila cari orang-orang yang telah berjaya mengharunginya dengan baik dan minta nasihat..atau baca buku-buku jenis biografi orang-orang yang berjaya untuk memotivasikan diri kembali..)


Adakah otak anda sekuat ini??


Tak payah amik banyak-banak botol macam ni..cari 1 botol yang ada semua..
2. Fizikal juga- kena amik supplement untuk kecergasan badan..makan benda-benda berkhasiat dan jangan expose-kan badan kita kepada mana-mana penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
(kalau ada kawan-kawan kita yang selsema atau batuk atau demam, sila jauhi mereka..tapi janganla avoid diaorang macam diaorang tu pembawa penyakit 'selsema vavi' tu..tak baik tau uolss nih!....)
Girls' Power!



3. Time management-.itu SANGAT PENTING!!!...(ayat yang paling sesuai ialah 'Masa Itu Emas'...jangan sesuka hati membuang masa tak tentu hala..contoh main game online, bergossip kat FB, atau tonton tv sampai tv tu pun ade rasa menyampah nak tengok muka kita ni)-blogwalking dibenarkan tapi had kan masa contoh 1-2 jam seminggu paling banyak..remember study is your priority!!


Kan best kalau ada jam macam ni??

4. Banyakkan membaca dan get the right infromation- bagi orang-orang yang sambung belajar secara part time ni tambah lagi berkeluarga masa itu memang la sangat terhad...(so bagi Supermak, dah bertekad 1 hari mesti baca 1 journal no matter what, and where..kene jugak!!...ini penting untuk menambahkan pengetahuan Supermak yang tak berapa nak luas ni..kene tegur part yang ni la masa presentation *sob*)
Makan buku, tido buku, minum coke cola...


5. Kewangan- bagi mereka-meraka yang sambung study amik research mode ni memang la kena cukup duit sehinggal ke tamat pengajian...(kalau mereka yang dapat biasiswa atau fellow tu memang la sangat bertuah..yang jadi RA pun bertuah jugak..tapi orang-orang yang macam Supermak ni sambung study part time memang takkan merasa la benda-benda semua tu..kena pakai duit gaji sendiri untuk tampung segala perbelanjaan..duit makan, bayar pengasuh anak, tol+minyak kereta My Baby Grey tu nak ulang alik ke kelas, duit yuran next semester..so berhentila berangan-angan nak beli Iphone 4S ke Samsung Galaxy note ke tak pun handbag kasut memahal..semua tu kena fikir banyak kali sebelum membeli...lain la kalau uolls sume nak sponsor Supermak menerimanya dengan hati terbuka..)
Jangan sampai melopong cenggini..


6. Supporter (s) - ini jugak penting..kalau-kalau time kita stress atau down..orang-orang ni la yang kita akan cari..tak kira la mak ke, suami, anak-anak (even anak tu umur baru 3 bulan), boyfriend ke (as long as bf tu mmg betul2 membantu la..kalau yg jenis suka main kayu 3 tu elok la tinggalkan siap2 sebelum decide nak sambung belajar ni..) , kucing pun boleh (as long as dia boleh dengar keluhan kita walaupun muka dia tak menunjukkan reaksi ape-ape)..
Good supporter will support you no matter what..


7. Love your supervisor- relation dengan lecturer yang jadi supervisor kita tu mesti la baik..(kalau boleh bercinta hingga ke jinjang pelamin pun lagi sangat baik (bagi lecturer dan student yang single la..yang dah kawin..haa..x mau!!x mau!!..jgn gatal!!..nanti Supermak cili kang!!..kena terima pendapat dan ikut arahan yang diberikan walau hati meronta-ronta nak membantah..)
p/s: I'm in Love with Dr. Yusof...hmm~~
Me and Dr. Yusof..ecececeyy~~
(ade yang nak kene cepuk ni..)




8. Good networking- kena buat banyak networking dengan pelbagai jenis orang. (Eh!macam MLM pulak ke??..haha..lebih kurang la..kalau dalam MLM lagi banyak networking kita lagi untun begitu jugalah dalam dunia pembelajaran ni..tapi idak le kita persuade derang suruh jual-beli barang..networking ni sangat berguna contoh jika tetiba alat yang kita guna untuk buat analisis tu rosak..dan data nak kena hantar pada lecturer cepat, so networking ni la fungsi dia call je..'eh u, HPLC i rosak la..u punye free tak i nak tumpang untuk seminggu boleh?' dan lagi menarik kalau kamcing dengan networking tu, dapat free service..tak payah kena bayar.. antara networking yang perlu ada kepada seorang studeng Msc ialah classmates, seniors, juniors, other lecturers, suppliers, other researchesr from other reserach instutitions or universitties, bekas-bekas lecturer, dan juga bekas-bekas boyfriend (jika ianya betul-betul memberikan faedah terhadap kejayaan masa depan kita ape salah nye kan??)
Nenek-nenek si bongkok 3...siang malam asyik baca buku..lalala~~
siapa mengantuk nanti kene hempukk!!


9. Skill and talents - ni penting masa kita nak presentation tambah-tambah lagi masa Viva nanti..Kena ade skill yang boleh convince kan orang..dan persuade orang utnuk terima pendapat kita..kalau ada talents menyanyi tapi takde talent nak buat presentation yang baik pun tak guna jugak...ye tak?? (sumpah Supermak tak reti menyanyi..)
Siapa boleh buat cenggini??


10. Confident level yang sangat tinggi dan sentisa berfikiran positif- ini pun penting, kalau dari mula kita dah set dalam diri kita ni ' macam tak confidence je aku leh lepas Msc ni'...memang susahla kita nak harungi cabaran dan rintangan pahit manis dunia belajar ni...so buang jauh-jauh sifat tu...apa-pun kena fikir positif sampai la ke hari kita nak present Viva..biarla orang nak kata apa pun...jangan peduli..let your panels decide wether you pass or fail..orang lain tak berhak!!


High confidence level- make us look firece mcm lion kah?
Ok sebenarnya banyak lagi..tapi cukupla kot 10 pekara je untuk entry kali ini..kang banyak-banyak sangat pun bukannye org larat nak baca..huhu!!




k, bye!!

Tuesday 15 May 2012

Susah jugak sambung Msc ni..:(

Dah lama Supermak tak post entry...
Kebelakangan ni Supermak busy..kena siapkan proposal untuk research Msc Supermak..
dan semalam Supermak present tajuk proposal tu..
Overall, ok-ok la...nak kata excellent tu tak jugak sebab ada jugak soalan yang ditanya Superamk tak boleh jawab..banyak jugak pulak tu..

ada soalan yang Supermak tau jawapannya tapi tak pandai nak explain bagi semua panel faham..
last-last Supermak akan jawab.."er, I'm not sure" atau "I'will search more later.." atau "I don't really know"...
so bad!..*sob*
my friend cakap ada jugak part-part Supermak nampak sangat gugup dan gabra..(itu masalah Supermak memang dari dulu lagi..freight stage ni..)

Rupanya susah jugak nak present proposal Msc ni..semua benda yang kita buat atau maklumat yang kita dapat kita kena tahu secara terperinci dan sangat-sangat detail..knowledge kena sangat luas dan fizikal dan mental kena sangat kuat...tu baru present proposal dah kena 'tiau' macam-macam..belum lagi viva atau nak sambung phD..(sumpah! sekarang dah tak berani nak berangan-angan nak sambung phD lagi..huhu!!)

Lagipun seabab Supermak sambung belajar ni secara part time..most off the time masa Supermak dihabiskan di pejabat. Keje pulak banyak, siapa kata keje gov ni banyak melepak??..the very wrong okeh??!!
tak sempat nak goyang-goyang kaki pun..bos dah jeling-jeling..malam kat rumah uruskan rumah contoh: lipat kain ke masak untuk dinner ke,kadang-kadang nak tengok Tv pun tak sempat...kadang-kadang kalau kerja banyak kat office malam memang letih sangat la..so jarang Supermak ada masa untuk study.. kalau betul-betul nak buka buku, buat assignment dan study Supermak akan cari masa weekend je..itu pun kena tunggu dua kanak-kanak riang tu behave atau nak lagi senang absorb ilmunya, study masa mereka sedang tidur..kalau tak kejap sorang nak susu, kejap sorang nak minum, kejap si adik berak, kejap si abang nak mintak tolong bukakan channel TV macam-macam lagi la..

Untuk mengatasi masalah yang sama berulang kembali, Supermak dah list down 10 pekara yang perlu ada sebelum kita decide nak sambung belajar ke peringakt Master atau phD nantila Supermak share kan in the next entry..

bye~

Wednesday 2 May 2012

Doa Pengikat Kasih Sayang...

Harini Supermak google doa-doa harian ..saje la nak google..sementara tengah free ni..
macam-macam doa yang Supermak dapat..antara yang menarik ialah..doa pengikat kasih sayang...dari sebuah blog...http://sofira.blogspot.com/2006/12/doa-pengikat-kasih-sayang.html

doa nya berbunyi macam ni...

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini dirumus dari surah al Ghaafir ayat 60.

A060
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja.
(kalau iringi suami keluar pintu rumah tu jangan setakat salam dan cium pipi or pesan suruh bawa balik souvenir mahal-mahal je...elok juga iringi dia dengan bacaan doa seperti di atas..doakan keselamatan dia semoga selamat pergi dan selamat kembali..dan permudahkan segala urusan dia sepanjang dia di sana..)

Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

(yer betul..kita tak tau apa yang akan suami tempoh atau jumpa di sepanjang perjalanan dia...maka doakanlah agar dia tidak melakukan sebarang pekara yang dilarang oleh Allah SWT. Juga kuatkan ingatan si suami terhadap isteri dan juga anak2..kalau ingat isteri dan anak -anak di rumah mesti takut nak buat benda-benda tak baik..betul tak??)

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

 (Amin!..semoga suami kita menjadi orang-orang yang berperibadi mulia...seperti Rasulullah S.A.W!)



Haa..para isteri-isteri!!..dan bakal isteri...cepatlah hafal...semoga mendapat keberkatan dariNya..Amin!!

~Sharing is Caring!~~~

Wordless Wednesday..

Sengaja nak share video abanglong masa dia berumur setahun 4 bulan..cuba teka dia tengah buat ape tu??...

Tuesday 1 May 2012

Kita Semua Adalah Buruh!!...

Harini merupakan public holidayy!!yeay!!!...musim cuti sudah kembali!!...
Harini hari buruh,maka semua-semua yang bergelar buruh boleh la cuti..haa..sape-spe yang tak nak mengaku dia tu buruh sila la datang kerja...ha..ha...cepat sila semua mengaku buruh sekarang!!..


Dulu masa kecik-kecik..Supermak ingatkan buruh je yang cuti di hari buruh..rupanya Hari Buruh ni merupakan Hari untuk Pekerja....maka semua yang berkerja boleh la bercuti...tapi yang bestnyer walaupun hari untuk pekerja, budak-budak sekolah or student U pun cuti juga sebab semua cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah juga turut sama bercuti..maka tak sesuai juga tittle Hari Buruh tu kan??..elok la kite tukarkan kepada 'Hari Bercuti' je sebab dah semua orang pun bercuti tak kira la buruh ke cikgu ke student ke even Perdana Menteri juga boleh dikategorikan sebagai buruh sebab dia cuti jugak!!...haha!!...(ampun ye Tok Najib...statement saya tak berniat nak memperkotak katikkan anda..)


Aktiviti Supermak harini macam biasa kemas rumah..kemas bilik dapur dan masak untuk hidangan makan tengahari...oo..semalam Supermak dah ambil kereta dari workshop...so harini boleh la jalan-jalan dengan Baby Grey Supermak tu bawa 2 kanak-kanak ini ke Taman Tasik Shah Alam...lama dah Abanglong tak naik basikal dia...

Monday 30 April 2012

The Avengers - Pembela

Hi peeps!!...


Sape tau ape beza 'balas dendam' dengan 'menuntut bela'??haaa...!!soalan cepu emas ni..ha??..sape tau jawab sila angkat tangan??...sila??sila??..
bila pikir-pikir balik la kan.. 2 benda tu macam sama tapi maknanye sangat berbeza....kalau nak tau ape perbezaanya haa...sila la tengok citer The Avengers..- Pembela..
Bukan pembela hantu raya atau pun toyol mahupun ayam, kambing atau lembu tu....ni B.E.L.A..macam menuntut bela la...


Semalam kami sekeluarga pergi tengok wayang...port biasa kami tak lain tak bukan mestila TGV Bukit Raja..haha!!..dekat je dengan rumah..memang sengaja pergi kat situ dengan harapan boleh balik awal dan sempat menyetel semua kain-kain yang belum dilipat yang dah nak sama tinggi dengan almari baju itu sendiri...haha!!


Cerita ni memang best dan penuh dengan aksi-aksi letup-letup...selalunya kami, kalau tengok wayang akan ambil kerusi couple seat tu then duduk la kami anak beranak berempat di row belakang sekali..memang purposely ambil seat kat belakang-belakang sebab takut si Adik boring dia nak main lompat-lompat pun takpe sebab kat belakang sekali, tak de la ganggu konsentrasi orang...lagipun selalu kami bawa stroller masuk sekali...so bila seat belakang senangla letak kat belakang or tepi kerusi. Tidak lah menganggu orang nak naik turun tangga or tak payah risau stroller nak bergolek jatuh ke bawah kalau letak di tepi tangga....lagipun selalu pun Adik mostly akan tidor separuh movie ditayangkan so kalau stroller kat sebelah senangla nak bagi dia tido dalam stroller dengan nyenyak..tapi oleh sebab cerita The Avengers ni baru seminggu je ditayangkan..maka seat semua penuh yang ada pun row depan sekali...disebabkan tengok Abanglong dah beria-ria nak jugak tengok kami pun redha jela duduk seat depan-depan..


Sebelum masuk tu Supermak dah risau-risau jugak kot Adik tak nak duduk or takut atau boring...kalau dah duduk seat tengah dah tu row 2nd dari depan macam mana nak biar dia main-main kan??...betul kata orang, duduk kat seat depan ni memang agak sakit tengkuk jugakla dibuatnya kepala asyik terdongak ke atas je...sebelum ni Supermak takde experience lagi duduk seat depan-depan..kali ni je nasib kurang baik...bila tengok Hulk mengamuk ternganga luas mulut dia memang rasa macam nak telan kami-kami ni je...tapi yang best nye si kecik adik ni dari mula cerita sampai ke pertengahan cerita biarla bom nak meletup ke...alien menyerang ke..bumi bergegar sekali pun dia elok je tido dalam pangkuan Supermak even sempit-sempit macam tu...tak perasan bila masa dia dah terjaga dari tidur tengok-tengok mata dah bulat je tengok kat skrin besar tu...dia pun layan sekali citer tu...tak nangis langsung..macam kan paham jer...sampai la habis...kusyuk dia je dia tengok citer letup-letup dengan sound effeck yang memekakkan telinga tu dengan coolnye..kalau budak-budak lain confirm menangis sampai ngigau-ngigau malam...hmm...Adik memang cool laa!!..cayang Adik!!


Supermak memang suka betul dengan karakter Scarlett Johanson tu..watak dia nama Natasha Ramiroff a.k.a Black Widow..dia ni manusia biasa je cuma kelicikan dia sangat terrer..dan sangat-sangat berkuasa untuk mempengaruhi fikiran orang lain..My hubby suka watak Agen Barton tu yang sharp shooter dan sangat terer memanah..then si Adik memang suka watak Ironman, siap buat aksi tangan kebawah tu konon-konon nak terbang..haha!lawak!lagipun memang Mr.Hubby panggil dia 'Ayern Man'..hehe!!...
Abanglong pulak memang minat karakter Hulk tu...masa queue beli popcorn Supermak ternampak satu bekas air yang cool...memang purposely Supermak pilih yang ade karakter Hulk tu untuk Abanglong...seronok dia dapat bekas air tu..balik rumah tak nak minum air pakai cawan biasa dah..nak minum pakai bekas tu jugak!!..haha!!ingat nak beli untuk adik jugak karakter Ironman tapi orang kat kaunter pop corn tu cakap yang gambar Ironman punye dah habis..so tak beli la..nasib baik Adik masih tak mengerti ape-ape sangat..kalau tak mau jugak kene beli sorang satu...korang dah tengok cerita The Avengers ke belum??kalau belum sila la tengok...lepas tu korang boleh le berangan nak ade supernatural punye kuasa korang nak kuasa yang macam mana??..hihi!!


The Avengers!!..mmg awesome!!..


Friday 27 April 2012

Mata Panda (8_8)

Hi!!..here i am again...staying up late...jam sudah 4.15a.m already tapi Supermak tak tido-tido lagi...tujuan utama stay up nak cari a few journals for my research but then tak tau a sape ubah setting pdf ni semua journals yang Supermak cari tak boleh save langsung!!..so stay up lama-lama pun mcm tak berbaloi...

Bak kata pepatah....Sesia je bermata panda kalau stay up selalu tapi tak dapat ape..(eh2 boleh pulak??) 

Thursday 26 April 2012

Eh dah lain??

Hmm...punye la lama Supermak tak bloging..sampai setting blogspot ni pun dah lain...berapa punye berkurun daaa tak jenguk...ade banyak benda yang nak di post kan tapi tak sempat..by the way Supermak dah start sambung belajar kat UKM amik Msc..dengan kerja yang makin bertambah-tambah serta study notes yang makin bertambah-tambah jugak (padahal semester ni amik 2 subjek je punn..) mmg tak terkejar la nk berblog2 ni...sempat baca blog orang je...
ni pun just drop by je nak jenguk ape dah jadi kat blog ni..kot le lalang2 dah tumbuh sampai ke rumah jiran sebelah..eh2 boleh pulak??
tak pun..sawang2 lelabah spiderman dah penuh...hihi!!..


eh okla..sekarang dah pukul 12.30 Supermak nak siap-siap untuk g kelas..petang ni ade kelas..(setiap petang Jumaat 3pm-5pm Supermak kene g kelas untuk subjek research methodology..subjek ni subjek wajib untuk those yang nk sambung Master or PhD kat UKM ni...okla nanti kiter citer-citer lagi...daaa~~

Monday 19 March 2012

My Baby Warded Again...:(

Malam tadi Adik demam dalam pukul 3 pagi macam tu Supermak terjaga dan terfikir nak usap kepala dia..tiba-tiba rasa panas...hmm Adik memang macam tu..kalau demam selalunya senyap-senyap je...tak pernah nak merengek sikit pun...sebab tu Supermak kene alert...kalau selsema kena cepat-cepat bawa klinik then beli sekali ubat demam...kalau terjaga tengah malam Supermak takkan miss nak usap kepala dia...


Bila rasa dahi dia panas, Supermak cepat-cepat pergi ambil ubat supp...senangla supp je ke tempat yang tertentu tak payah nak kejut-kejut dia bangun suruh makan ubat...kesian pulak kejut tengah malam suruh telan ubat yang tak sedap tu..then Supermak ambil kain basahkan dan letak atas dahi..tuam badan dia sampai temperature turun back to normal..lebih kurang pukul 5 macma tu la demam dia dah kebah balik..Supermak fikir maybe sebab selsema dia yang tak hilang lagi tu la kot yang buat dia demam...


Pukul 6.00 pagi Supermak dah bangun, mandi dan siap-siap nak ke pejabat..6.45 pagi Supermak dukung Adik untuk bawa ke rumah pengasuh..Alhamdulillah dah tak demam lagi..siap senyum bila buka mata...Adik memang macam tu..suka sangat-sangat senyum..and he has a very wonderful smile too...sejuk hati bila tengok dia tersenyum..setaip kalai pun Supermak akan cakap dalam hati, Alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini...


Pukul 8.00 pagi Supermak sampai office..settle kan kerja macam biasa..then pukul 12 tengahari Supermak dapat call dari pengasuh..masa tengok nama 'Mak Odah' appear kat handphone tu Supermak dah kecut perut dah...'eh, kenapa pulak ni??'...dalam hati..


Mak Odah: balik la sekarang tengok anak ni dah makin teruk..
Supermak : eh kenapa pulak pagi tadi ok jer??
Mak Odah: ntahla dia macam sesak nafas tak boleh bernafas..tak nak tidur dari pagi tadi..makan tak nak ,   minum susu tak nak..kaki dah naik biru dah ni..
Supermak: yeke??macam mana boleh jadi mamca tu??..ha..takpe kak saya balik sekarang..


Dengan seantas kilat Supermak switch off pc, capai beg kunci kereta dan belari ke kereta dan start enjin kereta...call Mr Hubby masa on the way suruh dia standby kat office sebab Supermak nak gi amibil dia dulu kat office..dalam perjalanan Supermak fikir - fikir pulak kenapa Adik boleh jadi biru??biru macam mana?sesak nafas ke dia??athsma ke?semput ke?setahu kami, adik beradik Supermak mahupun sebelah Mr Hubby tak ada sorang pun yang semput atau athma..makin fikir makin risau...jalan jem pulak..rasa macam nak terbang je..kalau la Baby Grey boleh terbang dah lama Supermak sampai...(dalam hati fikir kenapala tak ade kereta yang boleh terbang..nak jugak aku beli nanti..)


Sampai rumah pengasuh je Supermak tengok mata Adik merah..mungkin lepas nangis kot...adik batuk-batuk..suara dia besar dan garau...tengok kaki..yer..kaki dia biru ...serius dah mula biru...tangan pun!!...masa on the way ke hospital Adik cool je duduk atas pangkuan Supermak...Supermak yang dah gabra...dan dah mula bergenang airmata...dalam hati doa banyak-banyak jangan la Adik kena apa-apa...sampai hospital masuk wad kecemasan...nurse ambil suhu badan Adik...40C!!!...memang sangat panas...nurse masukkan ubat supp. untuk turunkan suhu...lepas tu panggil doktor...doktor cakap don't worry dia jadi 'biru' bukan sebab sesak nafas..tapi sebab suhu badan dia panas sangat...then bila Adik batuk doktor kata bunyi 'barking' kat dada dia...maybe kene penaykit yang dinamakan 'croup'...Supermak memang tak boleh tahan airmata dah sebab tak pernah dengar pun pasal penyakit tu...serius ke??ade ubat ke??apa side effect dia??..boleh baik ke??..


Doktor suggest Adik admit hospital..senang doktor pantau..Supermak dengan Mr Hubby ikut je...so, here I'am at DEMC Paedetrictian Ward again...tak kisah la Adik...ibu sanggup buat apa saja...asal boleh temankan Adik...asal Adik sihat dan boleh senyum macam biasa...Ibu sayang Adik sangat-sangat!! *hug adik ketat-ketat*

Wednesday 14 March 2012

Bad Luck Doesn't Has Smell..

Malang memang tidak berbau...(siapa la cipta peribahasa ni...)..
Cuba kalau orang dulu-dulu cipta peribahasa Malang Itu Sudah Berbau..atau Berbau Sungguh Malang Itu..atau Sudah Berbau Malang Itu..kan senang..dari bau je kita boleh mengelak pekara-pekara malang yang akan menimpa kita...(agak-agak korang kalau ada bau, macamana la kan bau malang tu??..)


Nak dijadikan cerita..semalam Baby Grey Supermak telah dilanggar orang...sungguh la malang itu tak berbau..
Kalau boleh bau dah lama Supermak elak supaya tak lalu jalan tu..dah tak pasal-pasal Baby Grey Supermak tercedera..nasib baik tak teruk sangat tapi sadis jugakla bila tengok baby Grey kemek dan 'bederemen' (bahasa orang Kedah untuk menyatakan betapa teruknya bertanda @ berparut).
Kalau nk ikutkan memang bukan salah Supermak la..lelaki yang langgar Baby Grey Supermak tu tak toleh belakang sebelum undur kerete..ni kes nak cepat la main undur je tak toleh belakang...kot ye pun David Teoh kata Jangan Pandang Belakang bila kite tengah bawa kereta malam-malam sorang-sorang di jalan yang sunyi or  menyeramkan tak pela...tapi ni dah siang-siang buta dah tentu-tentula kat Stetsen Minyak Petronas Puchong Utama tu penuh dengan orang...nak-nak pulak lepas office hour comfirm la penuh..apa masalahnye la yang dia tak nak toleh belakang dulu sebelum reverse..kan dah menyusahkan orang lain..dan yang paling penting macam mana Supermak nak pergi kerja ni kalau Baby Grey masuk workshop?? adoiyaiii!!~~mari sama-sama berpikir-->Kenapala Malang itu Tak Berbau??..huh!!

Wednesday 1 February 2012

1st February...

Semalam 31 Januari hari terakhir untuk bulan Januari 2012..cepat kan masa berlalu...
dah sebulan masa terbuang..rasa dalam sebulan ni takde ape2 pekara best yang berlaku...selain abglong masuk sekolah yang lain-lain semua tak best..:(


Eeii..rasa memang betul-betul tak best la bila one whole month tak best!!..today is 1st of February..Supermak buka kalendar check tengok kot2 ade la hari-hari yang best dalam bulan Februari ni..hah!!tetiba teringat birthday abglong on 22nd February..hopefully adela benda best terjadi on that day...walaupun rasanya tak perlu mengaharap sangat tapi Supermak memang berharap agar bulan Februari dan bulan-bulan seterusnya ni akan jadi best2 belaka..Amin!!


p/s:
Oh ye 1st February merupakan hari wilayah so syok le sape2 yang kerja kat Wilayah Purtajaya, Wilayah Persekutuan dan Wilayah Labuan...(sebab harini ni hari yang agak bosan...tetiba Supermak rasa nak berhenti kerja and nak apply kerja kat area Wilayah Putajaya...O_o )

Denai Ilmuan Vs Genius Aulad+Smart Reader's

Ok..harini Supermak nak update cerita pasal tadika abglong..

Sekolah tadika abanglong ni nama dia Tadika Denai Ilmuan..
Ok..nama macam tak se-glamour Smart Reader atau Genius Aulad la kan..
Tapi ade a few reasons kenapa Supermak and Mr hubby pilih this kindy for Abglong..

Denai Ilmuan 'vs' Genius Aulad and Smart Reader.

Konsep Tadika + daycare.
 Maksudnye sessi pagi sessi pembelajaran, and lepas sekolah boleh mandi, makan, tidur  and stay kat situ sampai petang. So,Supermak dah tak payah susah-susah nak fikir siapa nak fetch abglong after school or tak payah nak pening-pening budget untuk transporter yang ambil dan hantar abglong ke sekolah setiap hari. Pun tak payah susah hati fikir orang lain amik hantar anak kita samda selamat ke tak dia. Kalau nak masukkan abglong ke Smart Reader or Genius Aulad memang boleh tapi takde siapa nak fetch dia after school. Memang transport disediakan tapi Supermak tak harap la budak 4 tahun dah kene naik van@bas sekolah. Tengok pun macam dah penat. Lagipun baru 4 tahun je pun..lagi 13 tahun lagi nak sekolah sampai form 5. Awal2 dah kene naik bas sendiri..kesian tul!!

Subjek Pembelajaran
Subjek utama yang diajar dalam kat tadika ni maybe sama je dengan subjek yang diajar oleh tadika2 lain..macam Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam. Tapi Kat Denai Ilmuan ni cikgu-cikgu dia amalkan focus one-to-one. Meaning contoh untuk subjek membaca la kan dia akan panggil seorang demi seorang murid and ajar sampai dia boleh. Memang Denai Ilmuan ni tak guna fully English as main medium in conversation but kalau nak banding dengan Genius Aulad or some Smart Reader’s students pun tak semua guna fully English. Malah ada a few students in Denai Ilmuan tu from Smart Reader’s and Genius Aulad. Parents yang tak puas hati terhadap prestasi anak-anak mereka di 2 kindy tersebut tukarkan anak mereka ke Denai Ilmuan, prestasi lebih meningkat dengan cepat dan drastic. Lain-lain subjek macam art, music, Iqra’ pun diajar kat Denai Ilmuan ni. So senang,3 dalam 1..tak payah nak budget masa weekend untuk hantar abglong gi kelas art or music or belajar Iqra’.

Cara Pembelajaran.
Before ni memang Supermak ade buat survey kat Genius Aulad dan Smart Reader’s Tanya tentang cara-cara cikgu-cikgu di kedua-dua buah tadika ni memastikan yang murid-murid faham dengan jelas apa yang telah diajarkan. And both memang cakap mereka akan had kan jumlah murid dalam sesuatu kelas. Tapi bagi Supermak setakat hadkan tu takkan boleh menjamin tahap kefahaman murid-murid kan??..kalau murid yang jenis aktif dan cepat tangkap juga suka join aktiviti kelas memang la akan terus cemerlang..tapi macamana pulak dengan murid yang pasif dan lambat tangkap??so, kat denai Ilmuan ni macam Supermak cakap tadi, cikgu-cikgu kat sini amalkan pembelajaran one-to-one. So memang boleh focus la terhadap murid-murid yang kurang faham.Lagipun diaorang gunakan konsep phonic iaitu dengar, sebut dan buat..lebih kepada pendengaran gitu.

Ada Penerapan Nilai-Nilai Keislaman Dari Awal.
Ok, masa buat survey di Genius Aulad yang sememangnya Islamic Basic,memang cikgu-cikgunya akan mengajar murid-murid cara-cara bersolat, baca doa, zikir-zikir puji-pujian terhadap Allah SWT. It’s good!!..but kalau tak silap ajar solat hanya 2-3 kali seminggu sahaja. Rasanya murid-murid yang 5-6 tahun mungkin tak de masalah tapi macam mana budak yang lebih kecil macam abanglong??..so kat Denai Ilmuan ni,memang after school je lepas makan, mandi and tidur. Murid-murid akan dikejutkan dan diajar berwuduk dan bersolat beramai-ramai setiap hari. Lepas tu sessi petang akan diajar Iqra’ dan Bahasa Arab. Supermak memang impress sangat-sangat dengan perkembangan abglong dalam bab ni..Kalau dulu nak ajar baca doa makan pun memang susah, tapi lepas seminggu sekolah dia dah pandai baca doa makan. Dan lepas 2-3 minggu dia dah pandai berwuduk (walaupun basah kuyup setiap kali amik wuduk) tak kisahla janji benda basic-basic macam tu dia pandai dan faham konsep kenapa sebelum solat kena amik wuduk..rasanya budak-budak kecil macam abglong tu memang kene ajar dalam kumpulan (buat beramai ikut kawan) dan yang lagi penting SETIAP HARI! Bukan seminggu 2-3 kali je..kalau di Smart Reader pulak, langsung tak ada subjek Pendidikan Islam ni selagi tak sampai umur 6 tahun. So adekah anda mahu anak-anak anda berumur 6 tahun baru nak kenal huruf alif , ba , ta?dan lebih menyedihkan umur 6 tahun baru nak belajar berwuduk dan sembahyang or baca doa makan??..renung-renungkan...selamat beramal~~ (eceh!)

Kepentingan Bahasa Inggeris
Yer..kalau nak banding dengan Smart Reader’s student memang diaorang confirm lagi fluent English la depend dengan budak-budak Denai Ilmuan ni sebab all the teachers guna English in their daily communication. Tapi kat Denai Ilmuan ni, dengan konsep one-to-one tu akan lebih make sure murid-murid faham apa yang diajarkan. Supermak bagi situasi la kan..ok at Smart Reader’s contohnye:
Ada1 murid Chinese, and 1 Malay. Murid Chinese ni memang selalu speaking English la kat rumah and apa-apa arahan yang diberikan di rumah dalam English. But the Malay student ni pulak kat rumah parents dia sepatah pun tak reti cakap English so confirm la si murid tak faham kan kalau teacher at school bagi arahan dalam bahasa inggeris..Last-last the teacher terpaksa juga guna bahasa Melayu untuk bagi the Malay student tu faham. So no point la kan?? (Kadang-kadang buat murid lagi tak faham..)Tapi at denai Ilmuan ni masa English course memang ajar one-to-one, ada buku yang perlu diaorang baca dan sebut perkataan tu dengan betul dan faham maksudnya. Selagi tak faham takkan tukar the next page. (ala macam kite-kite baca Muqaddam kecik-kecik dulu la..berlumba-lumba bagi lancer sebab esok tak nak ulang page yang sama takut kalah dengan kawan-kawan.)

Fees Yang Agak Murah.
Ok yang ni paling Supermak suke..yela Supermak ni pun bukan orang senang sangat nak tabor duit sesuka hati..Nak buat ape-ape pun mesti kene spare budget. Kalau banding dengan Smart Reader’s yess..kalau the fees dibahagikan setiap bulan memang nampak monthly fees dia agak murah about RM170 macam tu..monthly Denai Ilmuan is RM280..but the fee per semester at Smart Reader sama macam fee student Master per semester jugak..about RM1700++ for semester awal tahun dan RM1500++ for semester akhir tahun and yet the school hour 3 jam je sehari, the foods given pun just finger foods macam biskut, roti, cicah air milo...bayangkan murid-murid terpaksa tahan lapar dari pagi sampai pukul 10 baru ade break makan finger food SAHAJA. At Genius Aulad pulak memang makanan yang diberikan macam berat jugak contoh macam bihun goring, nasi goring etc tapi the class still 3 jam sahaja. The fees untuk semester awal tahun dalam RM800 and end semester pun about RM700++...still monthly kena bayar RM250+transport (kalau ade). Plus still kene bayar baby sitter untuk abglong yang jaga dia after school..fuhhh!!!terbayang duit-duit dalam bank tu semua tumbuh kepak!!..
At Denai Ilmuan you have to pay about RM800 for semester awal tahun and another RM600 for semester akhir tahun. Tiap-tiap bulan RM280 no transport and baby sitter’s chargers. Murah kan??memang berbaloi-baloi!!!...


Tapi ni pendapat Supermak dengan Hubby..no offence...no intend to downgrade both of the kindy..so parents kat luar sana boleh la buat survey sendiri..untuk lebih information..janganlah buat keputusan terburu-buru. Siapa yang boleh bentuk anak-anak kita kalau bukan ibu bapa..so tepuk dada tanya selera..itu pilihan masing-masing..
peace yawwww!!!

Tuesday 31 January 2012

Masa Sudah Tamat!!!

Hai..

Ok..harini merupakan tarikh keramat..eceh!!..ok la..tipu..!!
takdela keramat mana...just harini 31 Januari 2012 merupakan tarikh akhir dalam bulan Januari..maka berakhir la sudah bulan pertama dalam tahun 2012...

ha..cube cek list azam korang yang korang2 buat untuk tahun 2012 ni...ade tak yg dah achieve or still on progress??..
bagi Supermak, takde satu pun yang start lagi..aiyokkk!!
ok Supermak!!jangan buang masa..u have to do something!!..chiayokk!!


Mata lebam!!
(pic captured by Zarief)

p/s: entry merepek sambil makan kerepek!!

Wednesday 18 January 2012

Quick Update..

Salam..

Hmm...konon2 last update Supermak kata nak update pasal abglong masuk sekolah..tapi dah jadi lain pulak ceritanye..banyak hal pulak terjadi in between yang menyebabkan Supermak tak sempat nak update blog..(huhu!!..ni antara2 fouls yg telah dilakukan dalam tahun 2012)

Untuk peringatan Supermak (org yang baru2 dalam dunia blogging ni..)
Supermak nak list kan la antara2 cerita2 yang happen during past 2 week yang membuatkan hidup Supermak agak huru hara sekejap..antaranya:

1. Abglong masuk sekolah (best!!)
2. Kena marah dengan boss (giler scaryy!!)
3. Minggu yang busy untuk settlekan dateline..(keje..keje..keje..!!)
dan yang paling akhir pekara yang betul2 x best dan menghuru harakan hidup ku ni ialah..adik kene chickenpoxs..huhu!!1st time ni anak kena chickenpox..sedih sangat bila tgk muka dia yang tulus mulus halus tu kena bintat2..
tapi tula..nnt la Supermak citerkan details2..in the next entry..Supermak ade kerja nak buat ni...URGENT punye keje supaya tak kene marah dengan boss lagi..

ok pergi dulu..!!bye!!

p/s: Supermak akan cube masukkan a few pictures on the next entry...sekarang tak boleh lagi sebab kabel handphone tak tau letak mana...semua pic tangkap pakai handphone je..i takdela byk duit sgt nk beli DSLR bagai...sob*sob*sob*..(T__T)

Friday 13 January 2012

Doa Agar Anak Pandai Belajar

Sempena Abanglong dah bersekolah ni...Supermak nak share sesuatu dengan semua pembaca...oo..hari ni cukup seminggu Abanglong pergi tadika..alhamdulillah, berkat baca doa ni 2 hari pertama je Abanglong menangis masa nak hantar waktu pagi..lepas tu dah ok...hari-hari macam tak sabar pulak nak ke sekolah...


Pada mereka-mereka yang juga memulakan sessi persekolahan anak-anak..tak kira la tadika atau pun masuk darjah satu..boleh la baca doa ni..jadikan ia sebagai doa anak masuk sekolah..baca setiap pagi masa dalam perjalanan ke sekolah...mudah-mudahan dia tak menangis lagi..


Kawan Supermak yang tag Supermak kat FB doa ni..elok juga diamalkan..(terima kasih Assey)

Siapa tak nak anak-anak yang pandai dan rajin belajar kan??Mari-mari kita hafal sama-sama...tak susah pun kan??..


Monday 9 January 2012

Bintik-Bintik Misteri



Semalam Adik ade mild fever...harini naik bintik-bintik kecik..
ingatkan dia allergy makan or environment sebab semalam petang kami bawa dia pergi park (Tasik Shah Alam)..kat situ dia golek-golek atas rumput..maklum la tak pernah  jumpa rumput...(sebab rumah kami nun di atas kayangan)


then bila naik bintik-bintik ni Supermak bawa la dia ke klinik..masqa tu dah senja...so Supermak decide nak bawa klinik biasa jela depan rumah..takde la kelangkabut balik rumah nanti nak solat Maghrib..tapi doktor biasa yang selalu ade kat klinik tu tak ada pulak..ganti dengan doktor 'locumn'-doktor ganti la maksudnye tu...ntah kenapa GP yang buat locumn kat situ baru habis study ke ape dia diagnose kata Adik maybe allergik  makanan...sebab nampak macam ruam gatal...tak pun environment:contoh habuk atau hama....Supermak terfikit oo...maybe rumah kami kot yang berhabuk sebab rumah tepi jalan memang selalu banyak habuk...kena sapu hari-hari..kalau termiss sehari atau beberapa hari confirm habuk sekati boleh dikumpul....


On the way balik rumah tu...jenuh jugakla kepala otak Supermak ni berfikir ape makanan pelik yang Supermak bagi makan semalam??..rasanya kami tak pergi makan kat luar semalam...Supermak masak macam biasa sup sayur dan ayam goreng untuk Adik...selalu je dia makan tak pernah pun naik bintik-bintik macam tu..mungkin ke masa kat rumah pengasuh??tangan ni cepat je ambil handphone call Mak Odah..dia pun cakap tak ada bagi makan pelik-pelik..so penat fikir Supermak..mieteri sungguh!!bintik-binitk apekah itu?? sampai rumah Supermak siap-siap mandi then masakkan untuk Adik nasi dan lauk sup ayam. Lepas makan, bagi makan paracetamol...dan tidurkan dia...hopefully esok hilang la bintik-bintik tu...

Wednesday 4 January 2012

Bestnyer Sekolah!!

Hi Peeps!!..
(ok baru 2 hari bloging dah perasan ade org peeps my blog..xpe2..perasan kat blog sendiri xpe..asal jgn perasan kat blog org lain sudah..)

Harini dah mula sessi persekolahan...dari masa datang kerja tadi mana2 channel radio pun buat topik pasal masuk sekolah or hari pertama masuk sekolah..even kalau buka FB pun pagi2 dah ramai kawan-kawan yang post gambar anak pakai uniform sekolah...memang seronok tengok budak-budak baru nak masuk sekolah ni..macam2 ragam..!!

Bagi Supermak, si abanglong tu baru nak masuk 4 tahun..masih ade 3 tahun lagi dia nak sarung uniform sekolah wane putih seluar biru gelap tu..so rasa macam lambat lagi la nak membusykan diri beli uniform or peralatan sekolah..sedang semua orang sibuk update kat FB pasal anak masuk sekolah, ade jugak mak-mak yang seangkatan dengan Supermak update anak2 diaorang masuk sekolah tadika...eh mamca best jer??..

Bila baca post kawan-kawan mula la terpikir macam nyesal jugak tak hantar si abglong sekolah...actually memang Supermak dgn Mr. Hubby dah lama survey tadika-tadika yang bagus-bagus sekitar Shah Alam ni...antaranya Genius Aulad, Smart Reader and a few Little Caliph's kindergarten..and kami jugak sebenarnya dah daftar online untuk Abglong kat Genius Aulad Seksyen 7...tapi oleh sebab kami ada masalah siapa nak ambil dia lepas sekolah pukul 11.30 pagi tu...(ayah hantar boleh, but his office time memang pack, and Supermak pula kerja di Serdang,..40km nak patah balik then 40km nak pegi balik office..siapa yang sanggup??tol + minyak+jem+rushing time..silap-silap boleh jadi gile..) tu yang macam tak jadi..ikutkan memang berminat sangat dengan konsep Genius Aulad tu..Islamic in English...memang jenuh jugak mikirkan masalah orang nak fetch lepas sekolah tu last2 memang takde jalan penyelesaian..memangla transport ade disediakan tapi bila dah sampai rumah pengasuh dia kat Seksyen 9, siapa pula yang nak hantar naik ke atas..maklum la rumah pengasuh anak-anak Supermak ni semua dok atas kayangan tingkat 6 tu...mana la sampai hati nak suruh Abanglong naik lif sorang2..kot dah darjah 1 tu takpe lagi..ni baru 4 tahun...memang tak harap la...lagipun bahaya kang sebelum sampai rumah pengasuh dia pi singgah kat mana-mana main terjun-terjun tangga ke (macam budak-budak berek selalu buat petang-petang bila time Supermak nak ambil anak-anak dari rumah pengasuh)..yela kan budak-budak, memang unexpected..lebih baik fikir yang negatif dulu dari nyesal kemudian hari..

So, option kedua ialah Smart Reader..sebab Chubby (budak mata bolat pipi plum putih melepak yang tinggal sekali dengan pengasuh abglong dgn adik) khabar-khabarnya akan bersekolah di situ, so terfikir jugak nak mintak jasa baik mak Chubby, Kakak Izzah (pergh nama cam dalm citer Ombak Rindu la pulak..baru tau nama mak Chubby tu harini walau dah nak masuk 4 tahun hantar anak kat babysitter yang sama) tu tolong fetch Abglong sekali lepas sekolah hantar rumah pengasuh sekali dengan Chubby..tak kisah la dia nak mintak bayaran Rm100 ke Rm150 tu boleh la lagi..so pepagi buta sampai-sampai je kat opis Supermak terus dail nombor pengasuh  mintak nombor handphone Kakak Izzah mak Si Chubby mata bolat tu.

Then, sembang punye sembang rupa-rupanye Kakak Izzah tu dah tak kerja area Seksyen 9, dia pun tengah pening mencari-cari tadika yang sesuai untuk Chubby si mata bolat..dia pun kalau boleh nak cari tadika yang sekali ade day care so takde la masalah nak fetch-mengfetch after school ni..memandangkan office dia pun dah pindah jauh dari rumah pengasuh (kat Bukit Jelutong)..Kakak Izzah ade cadangkan supaya Abglong join tadika di Bukit Jelutong dekat dengan area office dia sekali dengan Chubby..siap sanggup nak amik hantar Abglong for free lagi asalkan boleh pergi tadika sesama Chubby..(sebab dia cakap anak dia ade problem takut nak pergi sekolah sebab takde kawan..so harap sangat la Abglong boleh jadi kawan dia kat sekolah nanti..maklum le geng sepermainan dari kecik dok sesama kat rumah babysitter tu..)

Bila fikir-fikir lagi..eh macam tak sanggup je anak kite orang angkut sana-sini ye tak??bukan la nak bagi bad impression pada Kakak Izzah yang baik hati tu..tapi yela kalau korang mak-mak macam Supermak ni baru tau perasaan nya macam mana..yela ape-ape pun kene fikir side negatif jugak..buatnye Kakak Izzah tu terlambat nak gi kerja then drive kereta laju-laju terlanggar ape-ape kan susah??sebab Kakak Izzah tu rumahnye kat Klang, then hari-hari berulang kerja ke Bukit Jelutong..memang busy hiway ke Bukit Jelutong tu pagi-pagi..samala macam Supermak ni, pagi-pagi dah ngadap jem..jauh jugak dari Shah Alam ke Bukit Jelutong tu...

Then, sembang punye sembang (ulang ayat perenggan kat atas)..teringat jugak kat my friend si Nelliza dealer Tupperware tegar tu pernah cerita anak dia punye tadika kat area Bukit Bandaraya...Bukit Bandaraya tu dekat je dengan Seksyen 8, memang jalan tak pernah jem la..jalan nak ke Bukit Cherakah..siapa la yang rajin pepagi buta nak ke Bukit Cherakah ye tak??so in my mind set okla Mr. Hubby takdela susah-susah nak rushing hantar Abglong pagi-pagi..so Supermak cadangkan la kat Kak Izzah tu..bila dengar fee sebulan belajar plus day care hanya RM250 je..terus dia pulak yang excited nak pergi tengok kindergarten tu kat mana...memang murah!!RM250...mana nak dapat??..in fact sekarang Supermak hantar Abglong kat babysitter tu pun bayar RM250 jugak..walhal makan tido je takde sessi pembelajaran..so rasa memang berbaloi-baloi la kalau  harga macam tu..nama tadika tu Denai Alam's Kindergarten atau dalam Bahasa Malaysianya Tadika Denai Alam...cuba google tengok?macma tak banyak info je..tak glamer kot??..eheh??!!

So call balik Kakak Izzah, suruh dia pergi survey-survey..(wahh!!suke suki je suruh org pe survey kan untuk dia!!) tapi Kakak Izzah yang baik hati tu kata 'OK'..siap dengan nada excited lagi...tengahari sikit masa lunch  Kakak Izzah pun pergi tengok the school (kebetulan katanya ade appointment kat area Shah Alam after lunch)...lepas tu je dia terus call Supermak kata dah siap daftarkan Chubby kat situ..esok dah mula sekolah..mak aiihh!!??..aku yang baru pening-pening fikir camana jalan nak ke Denai Alam Kindergarten tu,dia siap dah daftar terus...gile gamble mak cik nih!!..tapi takpela kot aku rasa kindergarten tu mcm ok kot..sebab my friend Si Makcik Nelly dealer Tupperware tegar tu memang terkenal dengan sifat cerewet dia pasal taska anak-anak ni pun kata tempat tu bagus...so aku kira macam bagus la kot...then dia ade cakap the kindergarten tu akan make sure kanak-kanak umur masuk 4 tahun dah boleh membaca..siap bagi jaminan lagi..dan diaorang memang stress out English Education..(sila baca dengan intonasi Usop Wilcha) and Matematik..sessi petang pulak ade kelas Iqra' dan ajar semayang and baca doa..memang okla la tu complete..cuma kurang glamer je la kalau nak dibandingkan dengan Genius Aulad or Smart Reader..

hmm..balik kerja ni nak pi singgah tengokla..Kindergarten Denai Alam tu..malam ni nak discuss dengan Mr. Hubby..harap-harap dia ok la..and harap sangat Abglong nak pergi school tu...Ibu nak Abglong pandai..ok??..
ok nak balik dah..kena balik cepat sebelum kindergarten tu tutup..

Esok Supermak cerita ok??... Adioss!!