Monday 23 December 2013

Testimoni: TJI Radiology Center Bangi Servis Macam Harrr...mmm J!!!

Salam..

Pernah tak korang rasa terkilan keluarkan duit untuk sesuatu yang korang rasa tak berbaloi dibayar tapi korang terpaksa keluarkan jugak??
Mesti pernah kan??

Supermak dah laluinya harini...

Cerita nya macam ni...
Jumaat lepas Supermak pergi DEMC Shah Alam untuk jumpa gyane.. kebetulan gynae Supermak adalah seorang Doktor yang famous la kat area Shah Alam..memamgla susah nak dapatkan appoinment dia..Supermak set appointment since Oktober baru dapat on 20th December..lama tak lama nak nunggu??

Then masa jumpa, buat routine check up..paps smear dan scan guna ultrasound..since Supermak plan nak get pregnant next year..sengaja la Supermak buat check up dulu tengok ade apa yang tak kena..sebab pengalaman Supermak masa pregnant Abglong dulu ade cyst..then si adik uri di bawah..so berharap in case kalau terpregnant kali ketiga ni Supermak nak biarlah tiada apa2 masalah..or bila dah pregnant baru tau ade masalah..then another reason nak buat check up ni sebab Supermak rasa pelik sedikit di bahagian ari-ari everytime period lately..selalu period dari zaman anak dara ke zaman anak teruna dah dua orang ni tak pernah pulak sengugut..tapi lately ade pulak..hairan kan?so untuk tidak mahu berteka teki lagi eloklah buat check up...

Masa check tu my gynae dapat scan ade benjolan kecil di bahagian serviks Supermak..mmg nampak sangat benjol tu..oo..no wonder la Supermak rasa semacam..bila tanya pada dia merbahaya ke tak..dia dengan nada lembut cakap it's too early to describe..better kita buat next appointment untuk check tengok samada dia membesar ke tak..
then Supermak tanya lagi.. is it fibroid or cyst or anything yg lagi besar??

dia cakap ade tiga kemungkinan buat masa ni...pertama, sbb Supermak datang masa period so dia cakap probably it's because of dinding rahim yang menebal..then kedua it maybe membengkak because of jangkitan kuman...the third is, it might be jugak fibroid yang masih kecil...

Oh no!!...dalam hati Supermak dah tertanya-tanya bahaya ke benda tu??mcm biasa dengar je perkataan fibroid tu..

Supermak tanya lagi..do i've to do Paps Smear?dia cakap no need since last paps smear result is negative..
dia cakap teruskan lagi plan untuk get pregnant then kawasan bengkak tu kita monitor..
walaupun dia cakap benda tu tak bahaya, no need to worry...Supermak rasa mcm perlu tahu what is it exactly...nak tunggu next appointment  memang lambat lagi la bulan Februari nun...

Then hari-hari yang mendatang baru buat Supermak sedar yang ade sesuatu di bahagian kiri dalam perut Supermak..obviously bila masa sujud atau duduk kaki rapat ke perut..so I need to confirm this..nak tunggu bulan Februari memang lama sangat la rasa..rasanya bukan lah sakit sampai nak berguling-guling..tapi ada sedikit rasa selesa dan selebihnya takut la kalau-kalau benda tu sebenarnya something yang serius...

Selepas berbincang dengan adik ipar (yang dahulunya pernah ada fibroid di zaman anak dara, dan fibroidnya hilang selepas bersalin)..dia cadangkan pergi jumpa gynae lain di hospital private yang lain..iaitu Az Zahra..
So pagi ni dengan rasa gementarnya Supermak pergi ke Az Zahra dengan niat nak jumpa Dr. Noraini pakar gynae di hospital Az Zahra..bila sampai sana mereka cakap mereka tak ambil patient walk in..so kena set appointment dulu..dah kena tunggu lagi 2 minggu..

So terpaksa la Supermak balik dengan tangan kosong...masa nak pergi tempat parking kereta Supermak nampak signboard TJI Radiology ni..pergi singgah kejap la tengok service apa yang dia orang provide..
ok basicallly diaorang takde la specific check up pregnancy or something related with uterus punye diseases..cum aade package bottom pelvic check up..kejadah benda ntah..lebih kurang la tu nama pakej dia..tapi yang Supermak tahu dalam pakej tu dia boleh check up sekali la ginjal ke gall bladder ke or etc...sebab takde specific untuk uterus check up..Supermak memang tak berminat la..sebab Supermak dah pernah buat full medical check up pon dengan blood test sekali untuk every organ dalaman Supermak bulan Oktober dulu..and everything seem to be normal..

tapi si mangkok perempuan yang jaga kaunter tu beria2 cakap Dr diaorang pakar...boleh tau if ada something wrong by ultrascan je..dia betul-betul yakin kan kadang2 rasa sakit or ala-ala period pain yang Supermak alami ni bukan dari uterus tapi kadang-kadang dari ginjal or pundi kencing or organ-organ dalaman...masa ni Supermak dah ragu-ragu dah..oh..really??period pain boleh datang dari ginjal??right during period ginjal pun ade interaction jugak dengan uterus kita??..than seriously ke Dr M... yang dia cakap pakar tu sangat pakar boleh diagnose kesakitan apekah yang Supermak sedang lalui ni??

Than bila tanya berapa pakej tersebut?
dia cakap murah je kak Rm200..kalau tempat lain lagi mahal..

my mind was Oh really murah ke?..u mean by ultrasound 2D hitam putih tu boleh diagnose orang tu ada kanser hati ke ginjal ke pancrease...must the Dr REALLY great and sangt BAAAAAAAANYAKK pengalaman.. sebab before ni during rasa period pain Supermak ada jugak 3-4 kali (ok this means 3-4 bulan before everytime period Supermak pergi scan check up)..tapi semua doktor tu cakap everything is normal ovari size normal etc..until la my gynae jumpe ade sedikit benjolan di pangkal serviks..only the gynae yang jumpa ok..yg G.P biasa tak jumpa..yelah tak boleh salahkan diaorang sebab diaorang doktor biasa yang handle sakit demam je..bukan gynae pon..

Tapi memandangkan si mangkok yang bertudung, bedak tebal bajet comel tu beria2 cakap Dr M tu pakar segala abnormalities in the human body..so Supermak expect dia boleh la bagi 'sesuatu' yang menyakinkan Supermak yang my uterus bengkak tu tak membahayakan or sekurang-kurangnya boleh tahu benda tu saiz besar mana or at least boleh buat assumption yang meyakinkan so that Supermak boleh buat further check up or tangguhkan niat nak pregnant tu sampai benda tu sembuh..

So Supermak setuju...(haishh!)

Then Supermak tunggu turn lebih kurang 15 minit macam tu...sebelum nama Supermak dipanggil...bila dah dipanggil Supermak diarahkan masuk ke bilik ultrasound scan tu..then di suruh baring atas katil yang disediakan bersebelahan dengan alat scan tu..tunggu lebih kurang sepuluh minit baru doktor tu muncul..(bau bilik scan tu..pon dah mcam harrr...emmm....)

Masa doktor tu muncul terus je ambil probe tu tenyeh2 kat bahagian tepi pinggang Supermak..so dalam hati fikir oo dia tgh cek pancrease or other organs la..everytime dia jumpe organ tu..dia snap then print..jumpa ginjal snap and print..jumpa pundi kencing snap and print..lepastu bila turun ke uterus then Supermak beria cakap..I felt something in my left side..then dia bawak probe dia ke sebelah kiri scan ovary..then snap and print..lepastu bawa probe ke kanan then snap and print..than gambar whole uterus..snap and print...then finish!..

Supermak macam terkejut..eh dah siap ke??
kejap giler tak sampai 3 minit..
ni scan mcm ni aku pon boleh takat snap and print..
bukan Supermak tak tau mcm mana rupa pundi kencing, ovari, pankreas, etc..
masa study dulu dah belajar kot...
lepas tu dah keluar tu dia cakap nanti saya bagi full report..

dalam report tu dia tulis la everything normal...pancrease normal..ginjal normal..ok itu Supermak tau la..skrg Supermak tak puas hati mcm mana yang dia boleh kata SANGAT PAKAR even masa scan tu pon muka mcm harrem je doktor tu..senyap je x cakap ape pon.. at least bgtau la..ini pundi kencing puan...ok saiz besar lagi sebab tak buang air kecil..then ini ginjal...so far saiz tak nampak ada sebarang masalah....or ini pancrease..susah sikit nak tengok so that i kena tekan sikit supaya u boleh nampak...this is your liver, yang dark spot tu actually normal thing for a liver to look like that..so nothing to be worry about...then the ovary ada dua..this side is sebelah kiri, that side yang sebalh kanan punya...this fallopian tube yang link to uterus..i expect kalau namanya pakar mestilah bagi  that kind of consultation....

ini TAK!

Si Dr M yng konon bagus sangat tu senyap je...yang dia tau snap and print, snap and print then diagnose kat luar bilik..then print report..nah aku bayar ko RM200 untuk kerja-kerja snap and print kau tu..

Memang tak berbaloi..!!!!!

Supermak pon pernah gi full check up...Dr tu muda lagi..tapi everything yang dia scan dia akan terangkan kat kita...how's is the condition...kurang-kurang check up biarla setangah jam ke supaya patient rasa worth dengan apa yang dibayar..pastu karakter tu biarla menyenangkan...walhal detail scan guna ultrascan dengan Doktor baru tu pun baru RM120.00 lagi detail dia bagi explainantion

macam tadi, Supermak rasa msa Supermak menunggu turn lagi lama dari masa dia check up..3 minit je kot dia scan..bodoh giler punya doktor..

Supermak tak pernah la rasa nk maki doktor sebab doktor kan selalu orang-orang yang terpilih jer..lagipun selalu diaorang pun ada attitude yang baik dan menyenangkan hati..masa belajar diaorang ada course pedagogy untuk attitude doktor-doktor ni..

mcm Dr. M tu la first doktor yang Supermak maki (even dalam hati) ...ok fine kat blog...!! (sebab dah geram sangat) ...langsung tak senyum..pon langsung tak nampak dia minat untuk rawat patient dengan bersungguh-sungguh..dengan muka chom..bercakap pon payah...ape kejadahnya doktor mcm tu???kalau hospital kerajaan lain la..patient banyak macam-macam kerenah..Supermak faham kalau diaorang sendiri tak terlayan....ni tadi dah la awal pagi lagi baru pukul 10 kot..patient tak ada la ramai mcm kat Az Zahra ada kot 2-3 org..ko nak bad mood tak tentu pasal kenapa??lepas tu sebab muka ko tu berapa nak comey sangat elok la make up sikit pakai bedak ke lipstik ke ni pucat macam zombie je. Supermak pon confuse masa mula-mula walk in tu Supermak tersempak denagn dia...ingatkan dia tu Indon tukang cuci toilet je sebab denagan blouse yang dia pakai denagn tudung dengan muka tu sebijik kot macam Indon..sekali bila dia masuk bilik ultrasound tu baru tau..laa dia ni ke Doktornye aku ingatkan Indon tadi...


Kat luar bilik bertekak jugakla dengan org yang jaga kaunter tu...Supermak tak boleh terima la cara rawatan dengan masa 3 minit  tu dengan harga RM200..pulak tu dia tak dapat jumpa or tengok apa yg abnormality kat rahim Supermak..

dalam dok bising-bising tu Si Dr. M ni pon keluar la..lepas tu Supermak explain la yg Supermak rasa tak puas hati dengan harga dan cara dia..lagipun Supermak tak dapat pon kepastian tentang benjolan dalam rahim Supermak..since dia tak nampak pon..even dah suruh scan berkali-kali sebelah kiri dia ignore je..yang dia tau amik gambar scan then snap...itu je..

Dia boleh cakap..dah saya nampak saiz dia normal..takkan akak nak benda tu ada...masalah sekarang memang la kita tak nak benda tu ada...sebab ko yang mangkok hayun sangat bodo piang tak reti nak cari memang la nampak tak ada..ko tak reti cakap jela tak reti..jangan nak memandai-mandai..dah badan aku...aku taula if ada something wrong dengan badan aku..ko bukan tau pon aku sakit period pain macam mana...kalau tak ada something wrong buat apa orang gatal nak pergi jumpa doktor, scan segala bodoh..!!kalau ko dah tak jumpa and seem normal memang ko ni sama jela dengan G.P yang aku jumpa sebelum-sebelum ni..tak boleh nk detect abnormaliti..kerja nak senang je janji duit masuk beriban-riban..

eii..geram pulak Supermak kalau terbayang muka Dr Indon tu...kalau mcam ni la pakar sangat yang diaorang cakap memang hampeh laa...Supermak tak taula owner TJI Radiology ni siapa..kalau doktor tu yang owner dia sendiri Supermak harap satu hari nanti dia try la survey-survey mcm mana service doktor pakar yang famous-famous belajar la cara diaorang layan patient...amik sikit kelas Public Relation, tak pun pergi kelas mekap upah beauty consultant ke ubah sikit imej Indon cleaner kau tu...supaya klinik kau tu tak terlungkup macam tu aje..mahal kan beli CT Scan semua..sia-sai je nanti terlungkup..lepas tu ko bukak balik buku...belajar scan orang betul-betul..mcm mana ko boleh lulus pun tak tahulah..

kalaupun owner TJI Radiology ni orang lain Supermak harap sangat la owner dia review balik doktor-doktor yang dia hire supaya kes macam Supermak ni tak berulang lagi...hantar la kelas public relation ke ape..sebab pendapatan korang base on buah mulut orang..kalau semua orang suka klinik kecik pon orang akan datang...tak guna bercita-cita nak expand other outlet..kalau staf HQ dia pun bukan dikalangan yang terbaik..

Ambil contoh An-Nur ke Az Zahra...or yang terbaik pernah aku experience DEMC Shah Alam..serius hospital terbaik yang pernah Supermak masuk...even Supermak ni bukanlah CEO syarikat besar ke apa..akan sedaya upaya nak jugak pergi sana even everytime nak beranak pon berharap beranak di sana... walaupun terpaksa kumpul duit..duit boleh cari..kalau servis bagus harga mahal pun kita rasa berbaloi..dulu DEMC kecik je..tapi skrg boleh expand besar..then patient dia semua Tan Sri-Dato' belaka...boleh imagine tak how good their services??

Untuk kes Supermak kat TJI ni...bukanlah Supermak nak besar-besarkan untuk menyekat periuk nasi orang ke apa..cuma sebagai precautious pada orang-orang yang tengah survey untuk dapatkan perkhidmatan di sini..jangan jadi macam Supermak dah la kena tipu dek minah badigol dekat kaunter tu lepas tu kena kencing pulak denagn Doktor 'Pakar' yang buat kerja halai balai je...tak de pakar sangat pon...lagi baik kalau nak buat ultrascan, CT scan ke Mamogram ke etc pergi DEMC Shah Alam je..sebab harga kat TJI ni lagi bapak mahal..untuk 'pakar' yang sambil lewa memang tak berbaloi...or maybe boleh pergi tapi jangan pilih Doktor M tu..kalau nak kenal senang je muka dia sebijik macam cleaner Indon..

Nasib baik la Supermak jenis bijak jugak..tak ambil bulat-bulat2 apa result yang diaorang keluarkan...lepas Supermak keluar dari center tu Supermak terus pergi Az Zahra balik dan tunggu jela queue yang panjang untuk jumpa G.P dia (terpaksa la sebab nak jumpa gynae tak boleh walk in kan)..
dah jumpa G.P kat Az Zhara memang Dr situ jumpa la ketulan menyerupai fibroid..sebelah kanan uterus Supermak..tapi mcm gynae Supermak cakap ianya tidak membahayakan dan still can get pregnant...ape pon dia suruh follow up dengan gynae..then luckily appointment Supermak dipercepatkan jumpa weekend ni je...haa..kan bagus..service mcm ni....bukan main hentam keromo je mcm TJI radiology tu..

Satu benda yang Supermak nak tarik perhatian semua, cuba bayangkan kalau ada orag yang ada kes mcm Supermak ni..then dia bukanlah fibroid yang biasa...maybe something else yang lebih serius macam kanser or anything yang boleh threaten the life...kan teraniaya je sebab kerja halai balai Dr. M muka mcm indon cleaner toilet kat opis aku ni diagnose TAK ADA APA-APA..so the patient akan buat dekk jela sampai la penyakit dia dah berubah ke peringkat yang lebih teruk...dah teruk nak berubat macam mana kan?..si Dr. M tu bukan amik tau pun apa nak jadi dengan patient dia yang dia diagnose salah tu...mati ke ape dia bukan nak bertanggungjawab...tunggu akhirat jela nanti menjawab yer Dr..service kata screening..so that if patient complain dia rasa something wrong ko kena diagnose la dig out ape benda yang buat dia rasa sakit or tak selesa bukan buat kerja halai balai..

Duit RM200 yang Supermak leburkan untuk mendapatkan khidmat 'pakar' yang pemalas tu memang Supermak tak nak amik pusing dah la...dah bayar dah pon kan..nak mintak balik macam la diaorang nak kasi...cuma berbaloi ke tak kau terima duit dengan cara kau berkerja tu esok kau jawab la kat akhirat...kat aku RM200 je...kat orang lain ntah berapa lagi...

ok la..
nk muntah dah ni terbayang muka Indon dia..

bye!