SELAMAT TAHUN BARU 2012!!..
Hmm~~...cepat je kan masa ni berlalu..inagt lagi dulu masa baru nak masuk tahun 2000..rasa macam fuyyooo~~cool gile aku ni terkategori dalam manusia-manusia yang hidup dalam alaf baru..bak kata omputih 21st Century gituu..(eh2..bukan jenama vitamin yang selalu jumpe kat Guardian tu...)ni betul2 21st Century..kurun ke 21 la...ikut kalendar Masehi..
Sekarang 2012..dah 12 tahun berlalu...kira dulu tahun 2000 Supermak baru je masuk umur 19 tahun...2012 ni sendiri kira la..hehe!!(biarlah rahsia..)
kalau dulu masih belajar di UiTm baru masuk semester ke-2...sekarang anak pun dah 2..badan pun dah bertambah 2 kali ganda..berat pun bertambah berganda-ganda...kalau dulu2 jalan2 kat Seksyen 2 tu ramai gak le jejaka jejaki yang pandang2...(perasan comel la pulak Supermak nih..) sekarang jangan kan kata nak jalan kat Seksyen 2, kalau bagi jalan atas runaway cam memodel pun belum tentu lagi orang nak pandang2 ye x??..
Hmm..tula cepat sangat masa berlalu...tapi Supermak rasa bersyukur jugak sebab telah dipanjangkan umur sampai ke tahap ini, diberikan keberkatan berkahwin dengan lelaki yang dicintai..diberkati dengan 2 cahayamata lelaki yang comel, sihat dan bijaksana (akan diperkenalkan pada next entry)...diberi rezeki menjadi penjawat awam..(jenuh jugak nak dapat ni..) dan alhamdulillah tahun-tahun yang didalalui oleh Supermak boleh dikatakan 99% bahagia lah!!..yang 1 % tu biasala adala sikit-sikit dugaan...kalau dah 100% bahagia je manjang tak thrill la pulak kan life ni..(cewah~~) ade ke org hidup kat dunia ni tak pernah ade masalah langsung??tipu la kan??koman2 pepagi masa nak g keje pun ade yang mengadap masalah jem,tak pun kene tahan polis terapik or kene speed trap polis terapik..tu anatara salah satu dugaan la tu..(macam penah dengar je kan citer nih??hahah!!)
JADI PEKERJAYANG BAIK.
Bagi Supermak, tahun 2012 ni merupakan salah satu transformasi hidup jugak la..sebabnya tahun 2012 ni Supermak berikrar untuk berkerja sehabis baik..menjadi penjawat awam yang dedikasi ,cemerlang lagi terbilang (cewaahh!!terbayang muka Pak Lah time ni..)xmo lagi punch card merah or balik...or tolong or minta tolong kengkawan tolong punch card kan..hishh!!..memang tak semenggah!!..(lagipun opis sekarang ni dah mula sistem thumbprint...mcm tau2 je azam baru Supermak ni..)
JADI IBU YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG.
pastu...nak membesarkan anak-anak dengan terbaik..jadi ibu yang terbaik..bagi pendidikan terbaik...kurangkan stress masa menjaga mereka..(walaupun kadang2 stress sampai tak ingat dunia..) anak laki kan 2-2..yang sulung nak masuk 4 tahun..yang second dah pun masuk setahun..2-2 tengah melasak..memang tak dinafikan tahap kepenatannya kadang-kadang rasa macam nak tercabut skru lutut mak nak!!..tapi itula pengorbanan seorang ibu...teringat kat mama yang besarkan kami 5 beradik sorang2 dulu...uhuk!!...akak insap dek non oii~~xmo lagi lawan cakap mama..huhu!!
JADI ISTERI TERBAIK UNTUK SUAMI TERCINTA.
pastu nak jadi isteri terbaik..no more makan kat luar even weekday...(tapi kalau sekali sekala Mr. Hubby nk belanja..Supermak tadah je..kui3x!!)..nak perhiaskan diri bagi nampak comel-comel je manjang..pastu tak nak lawan-lawan cakap Mr. Hubby lagi..hehe!!!..
CANTIKKAN RUMAH SENANTIASA
Rumah ku syurga ku selama ni takdela buruk sangat tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga selalu le kerja-kerja rumah bertangguh..so tahun ni...no more lagi kain setimbun mcam Gunung Ledang baru nak lipat...pastu dah tak boleh dah biar dapur tu berlemuih (ckp Kedah..maksud kotor la..)..kalau boleh seteruk mana masak pun, sepenat mana pun mesti di lap dan di mop dapur tu hari..kalau tak masak pun lap!!(ape kejadahnye rajin sampai tahap lagu tu Supermak oii!!.)azam kan??biarla tinggi melangit...hujung tahun nani kite tgk la camana..buat macam mana kite isik SKT (Sasaran Kerja Tahunan kat opis tu ...haha!!bezanya takde bos nak nilai..)
SAMBUNG BELAJAR
Pastu yang ni Insya-allah kalau diberikan rezeki nak sambung MSc tahun ni...borang dah isis, proposal pun dah bagi ..kalau diterima untuk masuk belajar, maybe Februari ni start la kat UKM..macam mana la nanti..harap-harap semuanya dipermudahkan...bila dah bergelar student cum bekerja cum suri rumahtangga ni...kene pandai-pandai la bahagikan masa..tak boleh dah nak delay-delay buat sesuatu..dah tak boleh sangat dah nak rilek-rilek kalau takde kerja main game kat facebook..(kat opis pun FB dah kene blok..macam tau2 je aku nak sibukkan diri tahun 2012 ni..)
masa mestilah diisi dengan betul dan berfaedah!!..Ingat Supermak!!...MASA ITU EMAS...
JADI INSAN MUSLIMAH YANG LEBIH BAIK
Then, azam yang ni memang ade dalam list azam setiaptahun...nak jadi Muslimah yang lebih baik dari sebelum ni...kalau dulu pakai tudung main sarung je..kali ni kalau boleh biarlah mempunyai ciri-ciri Muslimah yang sejati..bukan je kene ikut trend semasa, tapi biarlah boleh mengurangkan dosa-dosa...hihi!!..baju pun samalah...yang mana ketat sendat melekat tu haruslah ditukarkan kepada yang agak longgar..nak pakai kebaya bagai tu boleh tapi biarlah menepati tubuh badan sekarang...jangan la pi sarung kebaya saiz 12 tahun yang lepas..haruslah terkeluar bijik-bijik mata pakcik-pakcik kat opis ni yg dah nak pencen tu..
pastu sembahyang..kalau boleh tak nak la lagi subuh2 gajah ni..takpun zuhur pukul 3..takpun semayang Asar pastu duduk lama sikit sementara nk tunggu waktu Magrib..memanglah tak semenggah!!...
pastu cuba mengavoidkan diri melayan citer-citer drama meleleh air mata ke taik mata ke air hidung di waktu Magrib..contohnye citer Tentang Dhyia tu..agak2 nak tengok elok la mengdownload kat tonton.my je...kalau tak memangla semayang kelanglabut time iklan sebab nak cepat-cepat habis semayang before cerita tu start balik..hahaha!!..macam penah buat ker??mesti ade la anara kengkome kat luar sana buat macam Supermak ni kan??...kalau melayan TV..nak2 citer Korea..habis semayang je terus lipat telekung..wirid ntah ke mana doa ntah ke mana..ha..yg tu Supermak nak cuba elakkan..
NAK MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN
Supermak dengan sedaya upaya telah berazam untuk membuat beberpa pekara yang boleh menambahkan pendapatan sampingan..(akan diberitahu next entry)....bukanlah pendapatan sekarang ni tak cukup...kalau boleh bila hali keluarga bertambah kite kene la cari alternatif lain untuk tambah pendapatan negara..eh2..keluarga..adalah beberapa projek-projek yang telah diperbincangkan dengan Mr. Hubby...dan telah mencapai persetujuan bersama...tunggu jelah masa yang sesuai untuk menjalankan projek-projek tersebut dengan jayanya..cewahh!!
hmm...buat masa ni itu sajelah azam Supermak ...kot tengah-tengah tahun ni nak berubah ke nak tambah azam lain tu kira lain la...hehe!!...harap-harap tahun 2012 ni lebih berkat dan gembira dari tahun-tahun sebelumnya..AMIN!!!..