Dari kecik, dia hanya gemar minum susu sahaja...dari kecik sehingga la sekarang (umur 4 tahun) susu mesti 8oz dan dibancuh 5-6 kali..(masa baby 8-12 kali)..nasi?hmm...masakla macam mana hebat pun resepi..suruh la tak kira Chef wan ke Juara Masterchef tu masak...dia takkan ada rasa nak makan!!!..cuma ada hari-hari yang dia terasa nak makan, dia akan makan...kalau tak...hmm..'Ibu, Abanglong nak susu!', malahan sekarang ni setiap malam dia akan bangun tengah malam untuk minta susu..serius macam baby!!
Pengasuh dia dulu pernah bersungut yang dia hanya akan makan nasi banyak kalau dia masak sup sayur atau kari udang. Maka terpaksa la Supermak menghulur duit bulanan lebih sikit asalkan hari-hari pengasuh Abanglong boleh masak lauk kegemaran dia setiap hari. Tapi itu pun ikut mood..lima suap tu dah kira 'banyak' bagi dia..perut dah kenyang...
Masa cuti pantang bersalin kan si Adik Mak Tok pernah kejar Abanglong keliling rumah sebab nak suap dia makan...sebab dah seminggu lebih tak makan nasi asyik minum susu aje. Natijahnya terpaksa la Tok Ayah bawa round naik motor keliling kampung untuk satu suap..kemudian ronda lagi untuk satu suap yang lain..berulang-ulang hingga la habis nasi di pinggan Mak Tok. (Buat trick konon-konon minyak dah habis so, kena makan untuk refill minyak motor.) Begitu susah Abanglong nak makan nasi.
Supermak pernah menangis-nangis kecewa kerana setelah penat bertungkus lumus memasak masakan yang 'di order' Abglong, last-last dia tak nak makan langsung pun..Sentap ati mak nakkk!!
Nenek Abanglong juga pernah membawa Abanglong keliling kedainya untuk biar dia memilih apa makanan yang dia nak yang ada dalam kedai Nenek..lastly he end up dengan menunjuk ke arah kotak-kotak 'Ding Dang'...huhu!!
Mak Tok dengan Tok Ayah pernah bawa Abanglong pergi 'berubat' secara kampung untuk naikkan selera makan tapi...tak berkesan...Abanglong masih budak yang susah nak makan juga..
dan berbotol-botol vitamin Appeton Lyseine (supplement meningkatkan selera makan) dibeli dan diberikan pada Abanglong..langsung tak jalan..
Kami juga pernah bawa dia ke Doktor Pakar Kanak-Kanak di DEMC tapi keputusan dia sama sahaja...susu jugak menjadi pilihan hati...
Di sekolah, cikgu kata terpaksa bancuh susu 3 kali sehari untuk Abanglong sorang je sedangkan budak-budak yang lain hanya sekali sehari. Ini kerana dari pagi hingga ke petang dia tak nak makan apa-apa pun.
Sebagai ibu, Supermak memang risau sangat dengan pemakanan Abanglong ni...ialah budak yang sedang membesar haruslah makan makanan yang berkhasiat dengan kadar yang mencukupi...kalau ikut diet Abanglong memang tak normal la...bayangkan dia hanya makan nasi seminggu sekali atau dua kali..itu pun makan nasi lauk telur dan kicap sahaja. Lain-lain masa dia akan minta minum susu.
Tapi Alhamdulillah Abanglong membesar macam budak biasa walaupun kurus sedikit. Dia cergas dan cerdik..Last week sekolah dia ada exam mid term. (kelakar budak tadika 4 tahun pun ada exam) dan harini hari report card...Supermak balik kerja awal sebab nak ambil report card dia..dan inilah keputusan Abanglong untuk semster ini setelah baru 5 bulan bersekolah...Supermak Bersyukur !!!...