Wednesday 1 February 2012

Denai Ilmuan Vs Genius Aulad+Smart Reader's

Ok..harini Supermak nak update cerita pasal tadika abglong..

Sekolah tadika abanglong ni nama dia Tadika Denai Ilmuan..
Ok..nama macam tak se-glamour Smart Reader atau Genius Aulad la kan..
Tapi ade a few reasons kenapa Supermak and Mr hubby pilih this kindy for Abglong..

Denai Ilmuan 'vs' Genius Aulad and Smart Reader.

Konsep Tadika + daycare.
 Maksudnye sessi pagi sessi pembelajaran, and lepas sekolah boleh mandi, makan, tidur  and stay kat situ sampai petang. So,Supermak dah tak payah susah-susah nak fikir siapa nak fetch abglong after school or tak payah nak pening-pening budget untuk transporter yang ambil dan hantar abglong ke sekolah setiap hari. Pun tak payah susah hati fikir orang lain amik hantar anak kita samda selamat ke tak dia. Kalau nak masukkan abglong ke Smart Reader or Genius Aulad memang boleh tapi takde siapa nak fetch dia after school. Memang transport disediakan tapi Supermak tak harap la budak 4 tahun dah kene naik van@bas sekolah. Tengok pun macam dah penat. Lagipun baru 4 tahun je pun..lagi 13 tahun lagi nak sekolah sampai form 5. Awal2 dah kene naik bas sendiri..kesian tul!!

Subjek Pembelajaran
Subjek utama yang diajar dalam kat tadika ni maybe sama je dengan subjek yang diajar oleh tadika2 lain..macam Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam. Tapi Kat Denai Ilmuan ni cikgu-cikgu dia amalkan focus one-to-one. Meaning contoh untuk subjek membaca la kan dia akan panggil seorang demi seorang murid and ajar sampai dia boleh. Memang Denai Ilmuan ni tak guna fully English as main medium in conversation but kalau nak banding dengan Genius Aulad or some Smart Reader’s students pun tak semua guna fully English. Malah ada a few students in Denai Ilmuan tu from Smart Reader’s and Genius Aulad. Parents yang tak puas hati terhadap prestasi anak-anak mereka di 2 kindy tersebut tukarkan anak mereka ke Denai Ilmuan, prestasi lebih meningkat dengan cepat dan drastic. Lain-lain subjek macam art, music, Iqra’ pun diajar kat Denai Ilmuan ni. So senang,3 dalam 1..tak payah nak budget masa weekend untuk hantar abglong gi kelas art or music or belajar Iqra’.

Cara Pembelajaran.
Before ni memang Supermak ade buat survey kat Genius Aulad dan Smart Reader’s Tanya tentang cara-cara cikgu-cikgu di kedua-dua buah tadika ni memastikan yang murid-murid faham dengan jelas apa yang telah diajarkan. And both memang cakap mereka akan had kan jumlah murid dalam sesuatu kelas. Tapi bagi Supermak setakat hadkan tu takkan boleh menjamin tahap kefahaman murid-murid kan??..kalau murid yang jenis aktif dan cepat tangkap juga suka join aktiviti kelas memang la akan terus cemerlang..tapi macamana pulak dengan murid yang pasif dan lambat tangkap??so, kat denai Ilmuan ni macam Supermak cakap tadi, cikgu-cikgu kat sini amalkan pembelajaran one-to-one. So memang boleh focus la terhadap murid-murid yang kurang faham.Lagipun diaorang gunakan konsep phonic iaitu dengar, sebut dan buat..lebih kepada pendengaran gitu.

Ada Penerapan Nilai-Nilai Keislaman Dari Awal.
Ok, masa buat survey di Genius Aulad yang sememangnya Islamic Basic,memang cikgu-cikgunya akan mengajar murid-murid cara-cara bersolat, baca doa, zikir-zikir puji-pujian terhadap Allah SWT. It’s good!!..but kalau tak silap ajar solat hanya 2-3 kali seminggu sahaja. Rasanya murid-murid yang 5-6 tahun mungkin tak de masalah tapi macam mana budak yang lebih kecil macam abanglong??..so kat Denai Ilmuan ni,memang after school je lepas makan, mandi and tidur. Murid-murid akan dikejutkan dan diajar berwuduk dan bersolat beramai-ramai setiap hari. Lepas tu sessi petang akan diajar Iqra’ dan Bahasa Arab. Supermak memang impress sangat-sangat dengan perkembangan abglong dalam bab ni..Kalau dulu nak ajar baca doa makan pun memang susah, tapi lepas seminggu sekolah dia dah pandai baca doa makan. Dan lepas 2-3 minggu dia dah pandai berwuduk (walaupun basah kuyup setiap kali amik wuduk) tak kisahla janji benda basic-basic macam tu dia pandai dan faham konsep kenapa sebelum solat kena amik wuduk..rasanya budak-budak kecil macam abglong tu memang kene ajar dalam kumpulan (buat beramai ikut kawan) dan yang lagi penting SETIAP HARI! Bukan seminggu 2-3 kali je..kalau di Smart Reader pulak, langsung tak ada subjek Pendidikan Islam ni selagi tak sampai umur 6 tahun. So adekah anda mahu anak-anak anda berumur 6 tahun baru nak kenal huruf alif , ba , ta?dan lebih menyedihkan umur 6 tahun baru nak belajar berwuduk dan sembahyang or baca doa makan??..renung-renungkan...selamat beramal~~ (eceh!)

Kepentingan Bahasa Inggeris
Yer..kalau nak banding dengan Smart Reader’s student memang diaorang confirm lagi fluent English la depend dengan budak-budak Denai Ilmuan ni sebab all the teachers guna English in their daily communication. Tapi kat Denai Ilmuan ni, dengan konsep one-to-one tu akan lebih make sure murid-murid faham apa yang diajarkan. Supermak bagi situasi la kan..ok at Smart Reader’s contohnye:
Ada1 murid Chinese, and 1 Malay. Murid Chinese ni memang selalu speaking English la kat rumah and apa-apa arahan yang diberikan di rumah dalam English. But the Malay student ni pulak kat rumah parents dia sepatah pun tak reti cakap English so confirm la si murid tak faham kan kalau teacher at school bagi arahan dalam bahasa inggeris..Last-last the teacher terpaksa juga guna bahasa Melayu untuk bagi the Malay student tu faham. So no point la kan?? (Kadang-kadang buat murid lagi tak faham..)Tapi at denai Ilmuan ni masa English course memang ajar one-to-one, ada buku yang perlu diaorang baca dan sebut perkataan tu dengan betul dan faham maksudnya. Selagi tak faham takkan tukar the next page. (ala macam kite-kite baca Muqaddam kecik-kecik dulu la..berlumba-lumba bagi lancer sebab esok tak nak ulang page yang sama takut kalah dengan kawan-kawan.)

Fees Yang Agak Murah.
Ok yang ni paling Supermak suke..yela Supermak ni pun bukan orang senang sangat nak tabor duit sesuka hati..Nak buat ape-ape pun mesti kene spare budget. Kalau banding dengan Smart Reader’s yess..kalau the fees dibahagikan setiap bulan memang nampak monthly fees dia agak murah about RM170 macam tu..monthly Denai Ilmuan is RM280..but the fee per semester at Smart Reader sama macam fee student Master per semester jugak..about RM1700++ for semester awal tahun dan RM1500++ for semester akhir tahun and yet the school hour 3 jam je sehari, the foods given pun just finger foods macam biskut, roti, cicah air milo...bayangkan murid-murid terpaksa tahan lapar dari pagi sampai pukul 10 baru ade break makan finger food SAHAJA. At Genius Aulad pulak memang makanan yang diberikan macam berat jugak contoh macam bihun goring, nasi goring etc tapi the class still 3 jam sahaja. The fees untuk semester awal tahun dalam RM800 and end semester pun about RM700++...still monthly kena bayar RM250+transport (kalau ade). Plus still kene bayar baby sitter untuk abglong yang jaga dia after school..fuhhh!!!terbayang duit-duit dalam bank tu semua tumbuh kepak!!..
At Denai Ilmuan you have to pay about RM800 for semester awal tahun and another RM600 for semester akhir tahun. Tiap-tiap bulan RM280 no transport and baby sitter’s chargers. Murah kan??memang berbaloi-baloi!!!...


Tapi ni pendapat Supermak dengan Hubby..no offence...no intend to downgrade both of the kindy..so parents kat luar sana boleh la buat survey sendiri..untuk lebih information..janganlah buat keputusan terburu-buru. Siapa yang boleh bentuk anak-anak kita kalau bukan ibu bapa..so tepuk dada tanya selera..itu pilihan masing-masing..
peace yawwww!!!

4 comments:

  1. Salam, thanks for sharing all the info. Nak mintak no tel tadika denai ilmuan ni bleh tak?

    ReplyDelete
  2. Salam SUPERMAK. Ketiga2 anak saya semua belajar kat TADIKA DENAI ILMUAN. Memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..okla..so far anak jadi lebih mendengar kata..anak seronok pergi sekolah..yang kecik tu dah mula tak sabar nk ke sekolah next year..btw sekali hantar 3 org berapa yuran dia?

      Delete
  3. puan salmiah, anak puan yg solo berucap waktu konsert last year kan..
    tq sis supermak..blog sis salah 1 sebab saya pilih denai ilmuan sbg taska anak2 saya..

    ReplyDelete