Sunday, 20 May 2012

Pertandingan Jonhson's Baby Of The Year 2012

Sejak kelahiran Abanglong sehingga la sebelum dia dapat adik Supermak memang suka masukkan dia kat mana-mana contest baby. Banyak jugak contest yang Supermak participate. Ada yang menang tempat kedua, ada juga ketiga dan pernah juga dapat hadiah saguhati yang tak dapat apa-apa pun pernah jugak. Tapi Supermak tak putus asa sebab memang suka join contest-conyesy baby ni.. Walaupun tak pernah dapat johan tapi Supermak bersyukur jugakla sebab sekurang-kurangnya Abanglong pernah la jugak dipanggil oleh organizer untuk majlis penyampaian hadiah @ ujibakat kanak-kanak. Serius memang dulu-dlu Supermak rajin sangat masuk contest-contest macam ni..pantang ad,a confirmla Supermak atau Mr. Hubby akan bawa Abanglong join. Maklum la, anak first memang excited la bab-bab macam ni..lagipun masa Abanglong kecil-kecil dulu dia suka tangkap gambar dan boleh dikatakan pandai posing jugakla..hasilnya kebanyakkan gambar-gambar dia semua comel-comel. Tapi sekarang bila dah besar dah tak suka ambil gambar pulak...dia pulak jadi tukang tangkap gambar. 


Antara contest yang Supermak masukan Abanglong dulu-dulu adalah Pertandingan Johnson's Baby of The Year. Tiap-tiap tahun tak pernah miss. Tahun pertama dia masuk pada tahun 2008 sempat sampai ke peringkat akhir, masa audition bakat kalah pulak..dah tak ada rezeki..tahun kedua 2009, Abanglong masuk sekali lagi tapi kalai ni kami tangkap gambar kat Tesco je..oleh kerana kualiti gambar pun tak berapa ok, dan mood Abanglong masa photoshoot tu tak berapa baik sebab kerja nak main 'game' kat playground sebelah foodcourt tu, maka sebab itu la kot dia tak terpilih..tahun ketiga 2010, Abanglong masuk lagi, kali ni menang hadiah saguhati..hamper barangan Johnson's Baby bernilai RM100.00 Jadi la kan?? tahun ni dia dah 4 tahun, so dah tak boleh join dah contest ni sebab contest ni hanya untuk baby-baby yang berumur 3 tahun kebawah..


So, tahun ni Supermak rasa giliran adik pulak mencuba nasib. Supermak baru je daftarkan nama Adik semalam. Hopefully ada la rezeki Adik, Insyaallah...tak la mengharap sangat tapi kalau Allah nak bagi rezeki, Insyaallah Adik terpilih Amin!!..


Cara-cara nak masuk contest ni senang je..


1. Pekara pertama yang mesti dilakukan ialah beli berangan Johnson's Baby maksimum RM10 untuk satu gambar, di kedai-kedai berhampiran rumah anda, (pastikan resit pembelian tu disimpan, kalau boleh jangan la beli kat kedai-kedai yang tak mempunyai cash register yang tak mengeluarkan resit.)

2. On Fb anda, kemudian search for 'I love Jonhson's Baby' kemudian 

3. klik 'Like' pada profil tersebut.

4. Kemudian klik kat icon contest dan daftar-isi butir-butir peribadi anda dan baby anda, 

5. Kemudian upload gambar yang hendak dmasukkan dalam contest ni..jangan lupa attach kan sekali resit pembelian barangan Jonhson Baby tu.

6. Kemudian hantar. 


Senang je kan? Jom masuk ramai-ramai!! Selamat Mencuba!!


Ini pulak Gambar Adik yang Supermak daftarkan..cute tak??like mother like son okeh??

Baaaa.....Cakkk!!

Thursday, 17 May 2012

10 Pekara Yang Perlu Kita Perlu Fikirkan Sebelum Sambung Belajar Ke Peringakt Master atau pHD


1. Mental kena kuat!!..tak boleh rasa nak cepat mengalah atau down sampai mencium bumi bila kena kondem!!..kalau ade pun tak boleh terlampau lama-biasala siapa yang sambung study tak pernah rasa down sangat tu memang tak normal..(once u rasa down sila cari orang-orang yang telah berjaya mengharunginya dengan baik dan minta nasihat..atau baca buku-buku jenis biografi orang-orang yang berjaya untuk memotivasikan diri kembali..)


Adakah otak anda sekuat ini??


Tak payah amik banyak-banak botol macam ni..cari 1 botol yang ada semua..
2. Fizikal juga- kena amik supplement untuk kecergasan badan..makan benda-benda berkhasiat dan jangan expose-kan badan kita kepada mana-mana penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
(kalau ada kawan-kawan kita yang selsema atau batuk atau demam, sila jauhi mereka..tapi janganla avoid diaorang macam diaorang tu pembawa penyakit 'selsema vavi' tu..tak baik tau uolss nih!....)
Girls' Power!



3. Time management-.itu SANGAT PENTING!!!...(ayat yang paling sesuai ialah 'Masa Itu Emas'...jangan sesuka hati membuang masa tak tentu hala..contoh main game online, bergossip kat FB, atau tonton tv sampai tv tu pun ade rasa menyampah nak tengok muka kita ni)-blogwalking dibenarkan tapi had kan masa contoh 1-2 jam seminggu paling banyak..remember study is your priority!!


Kan best kalau ada jam macam ni??

4. Banyakkan membaca dan get the right infromation- bagi orang-orang yang sambung belajar secara part time ni tambah lagi berkeluarga masa itu memang la sangat terhad...(so bagi Supermak, dah bertekad 1 hari mesti baca 1 journal no matter what, and where..kene jugak!!...ini penting untuk menambahkan pengetahuan Supermak yang tak berapa nak luas ni..kene tegur part yang ni la masa presentation *sob*)
Makan buku, tido buku, minum coke cola...


5. Kewangan- bagi mereka-meraka yang sambung study amik research mode ni memang la kena cukup duit sehinggal ke tamat pengajian...(kalau mereka yang dapat biasiswa atau fellow tu memang la sangat bertuah..yang jadi RA pun bertuah jugak..tapi orang-orang yang macam Supermak ni sambung study part time memang takkan merasa la benda-benda semua tu..kena pakai duit gaji sendiri untuk tampung segala perbelanjaan..duit makan, bayar pengasuh anak, tol+minyak kereta My Baby Grey tu nak ulang alik ke kelas, duit yuran next semester..so berhentila berangan-angan nak beli Iphone 4S ke Samsung Galaxy note ke tak pun handbag kasut memahal..semua tu kena fikir banyak kali sebelum membeli...lain la kalau uolls sume nak sponsor Supermak menerimanya dengan hati terbuka..)
Jangan sampai melopong cenggini..


6. Supporter (s) - ini jugak penting..kalau-kalau time kita stress atau down..orang-orang ni la yang kita akan cari..tak kira la mak ke, suami, anak-anak (even anak tu umur baru 3 bulan), boyfriend ke (as long as bf tu mmg betul2 membantu la..kalau yg jenis suka main kayu 3 tu elok la tinggalkan siap2 sebelum decide nak sambung belajar ni..) , kucing pun boleh (as long as dia boleh dengar keluhan kita walaupun muka dia tak menunjukkan reaksi ape-ape)..
Good supporter will support you no matter what..


7. Love your supervisor- relation dengan lecturer yang jadi supervisor kita tu mesti la baik..(kalau boleh bercinta hingga ke jinjang pelamin pun lagi sangat baik (bagi lecturer dan student yang single la..yang dah kawin..haa..x mau!!x mau!!..jgn gatal!!..nanti Supermak cili kang!!..kena terima pendapat dan ikut arahan yang diberikan walau hati meronta-ronta nak membantah..)
p/s: I'm in Love with Dr. Yusof...hmm~~
Me and Dr. Yusof..ecececeyy~~
(ade yang nak kene cepuk ni..)




8. Good networking- kena buat banyak networking dengan pelbagai jenis orang. (Eh!macam MLM pulak ke??..haha..lebih kurang la..kalau dalam MLM lagi banyak networking kita lagi untun begitu jugalah dalam dunia pembelajaran ni..tapi idak le kita persuade derang suruh jual-beli barang..networking ni sangat berguna contoh jika tetiba alat yang kita guna untuk buat analisis tu rosak..dan data nak kena hantar pada lecturer cepat, so networking ni la fungsi dia call je..'eh u, HPLC i rosak la..u punye free tak i nak tumpang untuk seminggu boleh?' dan lagi menarik kalau kamcing dengan networking tu, dapat free service..tak payah kena bayar.. antara networking yang perlu ada kepada seorang studeng Msc ialah classmates, seniors, juniors, other lecturers, suppliers, other researchesr from other reserach instutitions or universitties, bekas-bekas lecturer, dan juga bekas-bekas boyfriend (jika ianya betul-betul memberikan faedah terhadap kejayaan masa depan kita ape salah nye kan??)
Nenek-nenek si bongkok 3...siang malam asyik baca buku..lalala~~
siapa mengantuk nanti kene hempukk!!


9. Skill and talents - ni penting masa kita nak presentation tambah-tambah lagi masa Viva nanti..Kena ade skill yang boleh convince kan orang..dan persuade orang utnuk terima pendapat kita..kalau ada talents menyanyi tapi takde talent nak buat presentation yang baik pun tak guna jugak...ye tak?? (sumpah Supermak tak reti menyanyi..)
Siapa boleh buat cenggini??


10. Confident level yang sangat tinggi dan sentisa berfikiran positif- ini pun penting, kalau dari mula kita dah set dalam diri kita ni ' macam tak confidence je aku leh lepas Msc ni'...memang susahla kita nak harungi cabaran dan rintangan pahit manis dunia belajar ni...so buang jauh-jauh sifat tu...apa-pun kena fikir positif sampai la ke hari kita nak present Viva..biarla orang nak kata apa pun...jangan peduli..let your panels decide wether you pass or fail..orang lain tak berhak!!


High confidence level- make us look firece mcm lion kah?
Ok sebenarnya banyak lagi..tapi cukupla kot 10 pekara je untuk entry kali ini..kang banyak-banyak sangat pun bukannye org larat nak baca..huhu!!




k, bye!!

Tuesday, 15 May 2012

Susah jugak sambung Msc ni..:(

Dah lama Supermak tak post entry...
Kebelakangan ni Supermak busy..kena siapkan proposal untuk research Msc Supermak..
dan semalam Supermak present tajuk proposal tu..
Overall, ok-ok la...nak kata excellent tu tak jugak sebab ada jugak soalan yang ditanya Superamk tak boleh jawab..banyak jugak pulak tu..

ada soalan yang Supermak tau jawapannya tapi tak pandai nak explain bagi semua panel faham..
last-last Supermak akan jawab.."er, I'm not sure" atau "I'will search more later.." atau "I don't really know"...
so bad!..*sob*
my friend cakap ada jugak part-part Supermak nampak sangat gugup dan gabra..(itu masalah Supermak memang dari dulu lagi..freight stage ni..)

Rupanya susah jugak nak present proposal Msc ni..semua benda yang kita buat atau maklumat yang kita dapat kita kena tahu secara terperinci dan sangat-sangat detail..knowledge kena sangat luas dan fizikal dan mental kena sangat kuat...tu baru present proposal dah kena 'tiau' macam-macam..belum lagi viva atau nak sambung phD..(sumpah! sekarang dah tak berani nak berangan-angan nak sambung phD lagi..huhu!!)

Lagipun seabab Supermak sambung belajar ni secara part time..most off the time masa Supermak dihabiskan di pejabat. Keje pulak banyak, siapa kata keje gov ni banyak melepak??..the very wrong okeh??!!
tak sempat nak goyang-goyang kaki pun..bos dah jeling-jeling..malam kat rumah uruskan rumah contoh: lipat kain ke masak untuk dinner ke,kadang-kadang nak tengok Tv pun tak sempat...kadang-kadang kalau kerja banyak kat office malam memang letih sangat la..so jarang Supermak ada masa untuk study.. kalau betul-betul nak buka buku, buat assignment dan study Supermak akan cari masa weekend je..itu pun kena tunggu dua kanak-kanak riang tu behave atau nak lagi senang absorb ilmunya, study masa mereka sedang tidur..kalau tak kejap sorang nak susu, kejap sorang nak minum, kejap si adik berak, kejap si abang nak mintak tolong bukakan channel TV macam-macam lagi la..

Untuk mengatasi masalah yang sama berulang kembali, Supermak dah list down 10 pekara yang perlu ada sebelum kita decide nak sambung belajar ke peringakt Master atau phD nantila Supermak share kan in the next entry..

bye~

Wednesday, 2 May 2012

Doa Pengikat Kasih Sayang...

Harini Supermak google doa-doa harian ..saje la nak google..sementara tengah free ni..
macam-macam doa yang Supermak dapat..antara yang menarik ialah..doa pengikat kasih sayang...dari sebuah blog...http://sofira.blogspot.com/2006/12/doa-pengikat-kasih-sayang.html

doa nya berbunyi macam ni...

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini dirumus dari surah al Ghaafir ayat 60.

A060
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja.
(kalau iringi suami keluar pintu rumah tu jangan setakat salam dan cium pipi or pesan suruh bawa balik souvenir mahal-mahal je...elok juga iringi dia dengan bacaan doa seperti di atas..doakan keselamatan dia semoga selamat pergi dan selamat kembali..dan permudahkan segala urusan dia sepanjang dia di sana..)

Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

(yer betul..kita tak tau apa yang akan suami tempoh atau jumpa di sepanjang perjalanan dia...maka doakanlah agar dia tidak melakukan sebarang pekara yang dilarang oleh Allah SWT. Juga kuatkan ingatan si suami terhadap isteri dan juga anak2..kalau ingat isteri dan anak -anak di rumah mesti takut nak buat benda-benda tak baik..betul tak??)

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

 (Amin!..semoga suami kita menjadi orang-orang yang berperibadi mulia...seperti Rasulullah S.A.W!)



Haa..para isteri-isteri!!..dan bakal isteri...cepatlah hafal...semoga mendapat keberkatan dariNya..Amin!!

~Sharing is Caring!~~~

Wordless Wednesday..

video
Sengaja nak share video abanglong masa dia berumur setahun 4 bulan..cuba teka dia tengah buat ape tu??...

Tuesday, 1 May 2012

Kita Semua Adalah Buruh!!...

Harini merupakan public holidayy!!yeay!!!...musim cuti sudah kembali!!...
Harini hari buruh,maka semua-semua yang bergelar buruh boleh la cuti..haa..sape-spe yang tak nak mengaku dia tu buruh sila la datang kerja...ha..ha...cepat sila semua mengaku buruh sekarang!!..


Dulu masa kecik-kecik..Supermak ingatkan buruh je yang cuti di hari buruh..rupanya Hari Buruh ni merupakan Hari untuk Pekerja....maka semua yang berkerja boleh la bercuti...tapi yang bestnyer walaupun hari untuk pekerja, budak-budak sekolah or student U pun cuti juga sebab semua cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah juga turut sama bercuti..maka tak sesuai juga tittle Hari Buruh tu kan??..elok la kite tukarkan kepada 'Hari Bercuti' je sebab dah semua orang pun bercuti tak kira la buruh ke cikgu ke student ke even Perdana Menteri juga boleh dikategorikan sebagai buruh sebab dia cuti jugak!!...haha!!...(ampun ye Tok Najib...statement saya tak berniat nak memperkotak katikkan anda..)


Aktiviti Supermak harini macam biasa kemas rumah..kemas bilik dapur dan masak untuk hidangan makan tengahari...oo..semalam Supermak dah ambil kereta dari workshop...so harini boleh la jalan-jalan dengan Baby Grey Supermak tu bawa 2 kanak-kanak ini ke Taman Tasik Shah Alam...lama dah Abanglong tak naik basikal dia...