Monday 23 December 2013

Testimoni: TJI Radiology Center Bangi Servis Macam Harrr...mmm J!!!

Salam..

Pernah tak korang rasa terkilan keluarkan duit untuk sesuatu yang korang rasa tak berbaloi dibayar tapi korang terpaksa keluarkan jugak??
Mesti pernah kan??

Supermak dah laluinya harini...

Cerita nya macam ni...
Jumaat lepas Supermak pergi DEMC Shah Alam untuk jumpa gyane.. kebetulan gynae Supermak adalah seorang Doktor yang famous la kat area Shah Alam..memamgla susah nak dapatkan appoinment dia..Supermak set appointment since Oktober baru dapat on 20th December..lama tak lama nak nunggu??

Then masa jumpa, buat routine check up..paps smear dan scan guna ultrasound..since Supermak plan nak get pregnant next year..sengaja la Supermak buat check up dulu tengok ade apa yang tak kena..sebab pengalaman Supermak masa pregnant Abglong dulu ade cyst..then si adik uri di bawah..so berharap in case kalau terpregnant kali ketiga ni Supermak nak biarlah tiada apa2 masalah..or bila dah pregnant baru tau ade masalah..then another reason nak buat check up ni sebab Supermak rasa pelik sedikit di bahagian ari-ari everytime period lately..selalu period dari zaman anak dara ke zaman anak teruna dah dua orang ni tak pernah pulak sengugut..tapi lately ade pulak..hairan kan?so untuk tidak mahu berteka teki lagi eloklah buat check up...

Masa check tu my gynae dapat scan ade benjolan kecil di bahagian serviks Supermak..mmg nampak sangat benjol tu..oo..no wonder la Supermak rasa semacam..bila tanya pada dia merbahaya ke tak..dia dengan nada lembut cakap it's too early to describe..better kita buat next appointment untuk check tengok samada dia membesar ke tak..
then Supermak tanya lagi.. is it fibroid or cyst or anything yg lagi besar??

dia cakap ade tiga kemungkinan buat masa ni...pertama, sbb Supermak datang masa period so dia cakap probably it's because of dinding rahim yang menebal..then kedua it maybe membengkak because of jangkitan kuman...the third is, it might be jugak fibroid yang masih kecil...

Oh no!!...dalam hati Supermak dah tertanya-tanya bahaya ke benda tu??mcm biasa dengar je perkataan fibroid tu..

Supermak tanya lagi..do i've to do Paps Smear?dia cakap no need since last paps smear result is negative..
dia cakap teruskan lagi plan untuk get pregnant then kawasan bengkak tu kita monitor..
walaupun dia cakap benda tu tak bahaya, no need to worry...Supermak rasa mcm perlu tahu what is it exactly...nak tunggu next appointment  memang lambat lagi la bulan Februari nun...

Then hari-hari yang mendatang baru buat Supermak sedar yang ade sesuatu di bahagian kiri dalam perut Supermak..obviously bila masa sujud atau duduk kaki rapat ke perut..so I need to confirm this..nak tunggu bulan Februari memang lama sangat la rasa..rasanya bukan lah sakit sampai nak berguling-guling..tapi ada sedikit rasa selesa dan selebihnya takut la kalau-kalau benda tu sebenarnya something yang serius...

Selepas berbincang dengan adik ipar (yang dahulunya pernah ada fibroid di zaman anak dara, dan fibroidnya hilang selepas bersalin)..dia cadangkan pergi jumpa gynae lain di hospital private yang lain..iaitu Az Zahra..
So pagi ni dengan rasa gementarnya Supermak pergi ke Az Zahra dengan niat nak jumpa Dr. Noraini pakar gynae di hospital Az Zahra..bila sampai sana mereka cakap mereka tak ambil patient walk in..so kena set appointment dulu..dah kena tunggu lagi 2 minggu..

So terpaksa la Supermak balik dengan tangan kosong...masa nak pergi tempat parking kereta Supermak nampak signboard TJI Radiology ni..pergi singgah kejap la tengok service apa yang dia orang provide..
ok basicallly diaorang takde la specific check up pregnancy or something related with uterus punye diseases..cum aade package bottom pelvic check up..kejadah benda ntah..lebih kurang la tu nama pakej dia..tapi yang Supermak tahu dalam pakej tu dia boleh check up sekali la ginjal ke gall bladder ke or etc...sebab takde specific untuk uterus check up..Supermak memang tak berminat la..sebab Supermak dah pernah buat full medical check up pon dengan blood test sekali untuk every organ dalaman Supermak bulan Oktober dulu..and everything seem to be normal..

tapi si mangkok perempuan yang jaga kaunter tu beria2 cakap Dr diaorang pakar...boleh tau if ada something wrong by ultrascan je..dia betul-betul yakin kan kadang2 rasa sakit or ala-ala period pain yang Supermak alami ni bukan dari uterus tapi kadang-kadang dari ginjal or pundi kencing or organ-organ dalaman...masa ni Supermak dah ragu-ragu dah..oh..really??period pain boleh datang dari ginjal??right during period ginjal pun ade interaction jugak dengan uterus kita??..than seriously ke Dr M... yang dia cakap pakar tu sangat pakar boleh diagnose kesakitan apekah yang Supermak sedang lalui ni??

Than bila tanya berapa pakej tersebut?
dia cakap murah je kak Rm200..kalau tempat lain lagi mahal..

my mind was Oh really murah ke?..u mean by ultrasound 2D hitam putih tu boleh diagnose orang tu ada kanser hati ke ginjal ke pancrease...must the Dr REALLY great and sangt BAAAAAAAANYAKK pengalaman.. sebab before ni during rasa period pain Supermak ada jugak 3-4 kali (ok this means 3-4 bulan before everytime period Supermak pergi scan check up)..tapi semua doktor tu cakap everything is normal ovari size normal etc..until la my gynae jumpe ade sedikit benjolan di pangkal serviks..only the gynae yang jumpa ok..yg G.P biasa tak jumpa..yelah tak boleh salahkan diaorang sebab diaorang doktor biasa yang handle sakit demam je..bukan gynae pon..

Tapi memandangkan si mangkok yang bertudung, bedak tebal bajet comel tu beria2 cakap Dr M tu pakar segala abnormalities in the human body..so Supermak expect dia boleh la bagi 'sesuatu' yang menyakinkan Supermak yang my uterus bengkak tu tak membahayakan or sekurang-kurangnya boleh tahu benda tu saiz besar mana or at least boleh buat assumption yang meyakinkan so that Supermak boleh buat further check up or tangguhkan niat nak pregnant tu sampai benda tu sembuh..

So Supermak setuju...(haishh!)

Then Supermak tunggu turn lebih kurang 15 minit macam tu...sebelum nama Supermak dipanggil...bila dah dipanggil Supermak diarahkan masuk ke bilik ultrasound scan tu..then di suruh baring atas katil yang disediakan bersebelahan dengan alat scan tu..tunggu lebih kurang sepuluh minit baru doktor tu muncul..(bau bilik scan tu..pon dah mcam harrr...emmm....)

Masa doktor tu muncul terus je ambil probe tu tenyeh2 kat bahagian tepi pinggang Supermak..so dalam hati fikir oo dia tgh cek pancrease or other organs la..everytime dia jumpe organ tu..dia snap then print..jumpa ginjal snap and print..jumpa pundi kencing snap and print..lepastu bila turun ke uterus then Supermak beria cakap..I felt something in my left side..then dia bawak probe dia ke sebelah kiri scan ovary..then snap and print..lepastu bawa probe ke kanan then snap and print..than gambar whole uterus..snap and print...then finish!..

Supermak macam terkejut..eh dah siap ke??
kejap giler tak sampai 3 minit..
ni scan mcm ni aku pon boleh takat snap and print..
bukan Supermak tak tau mcm mana rupa pundi kencing, ovari, pankreas, etc..
masa study dulu dah belajar kot...
lepas tu dah keluar tu dia cakap nanti saya bagi full report..

dalam report tu dia tulis la everything normal...pancrease normal..ginjal normal..ok itu Supermak tau la..skrg Supermak tak puas hati mcm mana yang dia boleh kata SANGAT PAKAR even masa scan tu pon muka mcm harrem je doktor tu..senyap je x cakap ape pon.. at least bgtau la..ini pundi kencing puan...ok saiz besar lagi sebab tak buang air kecil..then ini ginjal...so far saiz tak nampak ada sebarang masalah....or ini pancrease..susah sikit nak tengok so that i kena tekan sikit supaya u boleh nampak...this is your liver, yang dark spot tu actually normal thing for a liver to look like that..so nothing to be worry about...then the ovary ada dua..this side is sebelah kiri, that side yang sebalh kanan punya...this fallopian tube yang link to uterus..i expect kalau namanya pakar mestilah bagi  that kind of consultation....

ini TAK!

Si Dr M yng konon bagus sangat tu senyap je...yang dia tau snap and print, snap and print then diagnose kat luar bilik..then print report..nah aku bayar ko RM200 untuk kerja-kerja snap and print kau tu..

Memang tak berbaloi..!!!!!

Supermak pon pernah gi full check up...Dr tu muda lagi..tapi everything yang dia scan dia akan terangkan kat kita...how's is the condition...kurang-kurang check up biarla setangah jam ke supaya patient rasa worth dengan apa yang dibayar..pastu karakter tu biarla menyenangkan...walhal detail scan guna ultrascan dengan Doktor baru tu pun baru RM120.00 lagi detail dia bagi explainantion

macam tadi, Supermak rasa msa Supermak menunggu turn lagi lama dari masa dia check up..3 minit je kot dia scan..bodoh giler punya doktor..

Supermak tak pernah la rasa nk maki doktor sebab doktor kan selalu orang-orang yang terpilih jer..lagipun selalu diaorang pun ada attitude yang baik dan menyenangkan hati..masa belajar diaorang ada course pedagogy untuk attitude doktor-doktor ni..

mcm Dr. M tu la first doktor yang Supermak maki (even dalam hati) ...ok fine kat blog...!! (sebab dah geram sangat) ...langsung tak senyum..pon langsung tak nampak dia minat untuk rawat patient dengan bersungguh-sungguh..dengan muka chom..bercakap pon payah...ape kejadahnya doktor mcm tu???kalau hospital kerajaan lain la..patient banyak macam-macam kerenah..Supermak faham kalau diaorang sendiri tak terlayan....ni tadi dah la awal pagi lagi baru pukul 10 kot..patient tak ada la ramai mcm kat Az Zahra ada kot 2-3 org..ko nak bad mood tak tentu pasal kenapa??lepas tu sebab muka ko tu berapa nak comey sangat elok la make up sikit pakai bedak ke lipstik ke ni pucat macam zombie je. Supermak pon confuse masa mula-mula walk in tu Supermak tersempak denagn dia...ingatkan dia tu Indon tukang cuci toilet je sebab denagan blouse yang dia pakai denagn tudung dengan muka tu sebijik kot macam Indon..sekali bila dia masuk bilik ultrasound tu baru tau..laa dia ni ke Doktornye aku ingatkan Indon tadi...


Kat luar bilik bertekak jugakla dengan org yang jaga kaunter tu...Supermak tak boleh terima la cara rawatan dengan masa 3 minit  tu dengan harga RM200..pulak tu dia tak dapat jumpa or tengok apa yg abnormality kat rahim Supermak..

dalam dok bising-bising tu Si Dr. M ni pon keluar la..lepas tu Supermak explain la yg Supermak rasa tak puas hati dengan harga dan cara dia..lagipun Supermak tak dapat pon kepastian tentang benjolan dalam rahim Supermak..since dia tak nampak pon..even dah suruh scan berkali-kali sebelah kiri dia ignore je..yang dia tau amik gambar scan then snap...itu je..

Dia boleh cakap..dah saya nampak saiz dia normal..takkan akak nak benda tu ada...masalah sekarang memang la kita tak nak benda tu ada...sebab ko yang mangkok hayun sangat bodo piang tak reti nak cari memang la nampak tak ada..ko tak reti cakap jela tak reti..jangan nak memandai-mandai..dah badan aku...aku taula if ada something wrong dengan badan aku..ko bukan tau pon aku sakit period pain macam mana...kalau tak ada something wrong buat apa orang gatal nak pergi jumpa doktor, scan segala bodoh..!!kalau ko dah tak jumpa and seem normal memang ko ni sama jela dengan G.P yang aku jumpa sebelum-sebelum ni..tak boleh nk detect abnormaliti..kerja nak senang je janji duit masuk beriban-riban..

eii..geram pulak Supermak kalau terbayang muka Dr Indon tu...kalau mcam ni la pakar sangat yang diaorang cakap memang hampeh laa...Supermak tak taula owner TJI Radiology ni siapa..kalau doktor tu yang owner dia sendiri Supermak harap satu hari nanti dia try la survey-survey mcm mana service doktor pakar yang famous-famous belajar la cara diaorang layan patient...amik sikit kelas Public Relation, tak pun pergi kelas mekap upah beauty consultant ke ubah sikit imej Indon cleaner kau tu...supaya klinik kau tu tak terlungkup macam tu aje..mahal kan beli CT Scan semua..sia-sai je nanti terlungkup..lepas tu ko bukak balik buku...belajar scan orang betul-betul..mcm mana ko boleh lulus pun tak tahulah..

kalaupun owner TJI Radiology ni orang lain Supermak harap sangat la owner dia review balik doktor-doktor yang dia hire supaya kes macam Supermak ni tak berulang lagi...hantar la kelas public relation ke ape..sebab pendapatan korang base on buah mulut orang..kalau semua orang suka klinik kecik pon orang akan datang...tak guna bercita-cita nak expand other outlet..kalau staf HQ dia pun bukan dikalangan yang terbaik..

Ambil contoh An-Nur ke Az Zahra...or yang terbaik pernah aku experience DEMC Shah Alam..serius hospital terbaik yang pernah Supermak masuk...even Supermak ni bukanlah CEO syarikat besar ke apa..akan sedaya upaya nak jugak pergi sana even everytime nak beranak pon berharap beranak di sana... walaupun terpaksa kumpul duit..duit boleh cari..kalau servis bagus harga mahal pun kita rasa berbaloi..dulu DEMC kecik je..tapi skrg boleh expand besar..then patient dia semua Tan Sri-Dato' belaka...boleh imagine tak how good their services??

Untuk kes Supermak kat TJI ni...bukanlah Supermak nak besar-besarkan untuk menyekat periuk nasi orang ke apa..cuma sebagai precautious pada orang-orang yang tengah survey untuk dapatkan perkhidmatan di sini..jangan jadi macam Supermak dah la kena tipu dek minah badigol dekat kaunter tu lepas tu kena kencing pulak denagn Doktor 'Pakar' yang buat kerja halai balai je...tak de pakar sangat pon...lagi baik kalau nak buat ultrascan, CT scan ke Mamogram ke etc pergi DEMC Shah Alam je..sebab harga kat TJI ni lagi bapak mahal..untuk 'pakar' yang sambil lewa memang tak berbaloi...or maybe boleh pergi tapi jangan pilih Doktor M tu..kalau nak kenal senang je muka dia sebijik macam cleaner Indon..

Nasib baik la Supermak jenis bijak jugak..tak ambil bulat-bulat2 apa result yang diaorang keluarkan...lepas Supermak keluar dari center tu Supermak terus pergi Az Zahra balik dan tunggu jela queue yang panjang untuk jumpa G.P dia (terpaksa la sebab nak jumpa gynae tak boleh walk in kan)..
dah jumpa G.P kat Az Zhara memang Dr situ jumpa la ketulan menyerupai fibroid..sebelah kanan uterus Supermak..tapi mcm gynae Supermak cakap ianya tidak membahayakan dan still can get pregnant...ape pon dia suruh follow up dengan gynae..then luckily appointment Supermak dipercepatkan jumpa weekend ni je...haa..kan bagus..service mcm ni....bukan main hentam keromo je mcm TJI radiology tu..

Satu benda yang Supermak nak tarik perhatian semua, cuba bayangkan kalau ada orag yang ada kes mcm Supermak ni..then dia bukanlah fibroid yang biasa...maybe something else yang lebih serius macam kanser or anything yang boleh threaten the life...kan teraniaya je sebab kerja halai balai Dr. M muka mcm indon cleaner toilet kat opis aku ni diagnose TAK ADA APA-APA..so the patient akan buat dekk jela sampai la penyakit dia dah berubah ke peringkat yang lebih teruk...dah teruk nak berubat macam mana kan?..si Dr. M tu bukan amik tau pun apa nak jadi dengan patient dia yang dia diagnose salah tu...mati ke ape dia bukan nak bertanggungjawab...tunggu akhirat jela nanti menjawab yer Dr..service kata screening..so that if patient complain dia rasa something wrong ko kena diagnose la dig out ape benda yang buat dia rasa sakit or tak selesa bukan buat kerja halai balai..

Duit RM200 yang Supermak leburkan untuk mendapatkan khidmat 'pakar' yang pemalas tu memang Supermak tak nak amik pusing dah la...dah bayar dah pon kan..nak mintak balik macam la diaorang nak kasi...cuma berbaloi ke tak kau terima duit dengan cara kau berkerja tu esok kau jawab la kat akhirat...kat aku RM200 je...kat orang lain ntah berapa lagi...

ok la..
nk muntah dah ni terbayang muka Indon dia..

bye!





Tuesday 31 July 2012

Segmen Mokcik Kayo dengan ChurpChurp!!!...

Zaman sekarang semua orang nak senang...nak jadi kayo pun dengan cara yang sonang...ado banyak caro..:
1. Boleh merompak kodai omas kat Pilah nun..
2. Boleh main nombor ekor
3. Boleh pau kawan yang mano-mano dapat bonus terlobih tu..
4. Boleh tipu orang dengan wat skim copat kayo...

Tapi!!!..Tapi!!...
adakah cara-cara diatas betul dan halal??plus lagi sebonarnya nak rompak bank ko kodai omas ko lagi susah!!..
maka, dalam segmen Mokcik Kayo ni ...hendaklah mokcik terangkan serba sedikit cara-cara nak menjadi kaya...dengan mudah..ececey!~~..(ayat macam kan dah kaya rayo je..juah botui mokcik nih...tipu ko bonar???ado yang nak kono penompar kang..)

ok2..mokcik takdola kayo rayo macam jutawan nu ha..tapi mokcik boleh la share2 dengan semua cara-cara nak  tambahkan pendapatan dengan mudah...

caranya ialah:..

dengan mendaftarkan account tak kira la Fb ke Twitter ke atau blog anda ke laman web Churpchurp ni..
Churpchurp ni mcm nuffnang la...ala nuffnang yang tetiap bulan bagi kat Hanis Zalikha 3-4 ribu tetiap bulan tu..haa...korang tak nak keww??...jadi fames amos cam Hanis Zalikha  plus duit masyuuuukkkk ajo tetiap bulan??...kalau murah rejeki ntah-ntah ke lagi banyak dari gaji korang tetiap bulan tu...(gilo tinggi bonar mokcik ni berangan..)


tipu la kalau tak nak...kan??kan?? (ado tu pokcik yang misai toba kat belakang tu...muke macho jo..ego la tu kato tak nak tapi dalam ati tu mulo lo nak tanyo mentang apekah Churpchurp nih??..balik ghumah kang dia mosti sosah tab anok dio...search ttg Churpchurp nii..)

ok tak mau citer panjang-panjang uolls klik je kat  sini lepas tue isi....lepas dah isi submit...:)

dan kalau nak senang....bila dah klik
 sini...terus ja klik sign in with facebook...ha memang mudoh gila!!gila pun tak semudoh ini...

...duit akan masyuk everytime org klik kat ur FB ke Twitter ke takpun Blog korang...haa..sonang jo kojo kan??..alang-alang tetiap hari sobolom nak start kojo korang buka Fb kan??..pastu tengahari member lak Tweet nak ajak gi lunch kan?...ha..pastu time-time boring uolss sume tulis kat blog kan??..tak kira pulak tu dok bergosip-gosip sakan kat Fb tu...haaa..jangan tak tau zaman sekarang bergosip pun leh mendatangkan duit selain dari dosa...huhu!!(-.-)' nak dapat pahala untuk cover balik dosa-dosa bergosip tu elok la sedekahkan duit yang dapat dari Churpchurp ni dalam akaun mokcik ni ha...beramal jariah giteww!~~..

ok jangan buang masa!!...daftar sekarang!!!...daftar sekarang!!..daftar sekarang!!!....

p/s:tak tau nape tetibe tertulis gune bahasa org nogori...walhal mokcik bukan org nogori ponn....hentam sajalah labuuuu!!~~~~

Always on the look out for hilarious memes and interesting links? The best of the Internet's at #ChurpChurp.

Friday 15 June 2012

Abanglong Yang Ibu Sayang..

Abanglong memang jenis yang suka memilih makanan...semua orang yang di sekeliling dia tahu tentang kecerewetan Abanglong ni..
Dari kecik, dia hanya gemar minum susu sahaja...dari kecik sehingga la sekarang (umur 4 tahun) susu mesti 8oz dan dibancuh 5-6 kali..(masa baby 8-12 kali)..nasi?hmm...masakla macam mana hebat pun resepi..suruh la tak kira Chef wan ke Juara Masterchef tu masak...dia takkan ada rasa nak makan!!!..cuma ada hari-hari yang dia terasa nak makan, dia akan makan...kalau tak...hmm..'Ibu, Abanglong nak susu!', malahan sekarang ni setiap malam dia akan bangun tengah malam untuk minta susu..serius macam baby!!

Pengasuh dia dulu pernah bersungut yang dia hanya akan makan nasi banyak kalau dia masak sup sayur atau kari udang. Maka terpaksa la Supermak menghulur duit bulanan lebih sikit asalkan hari-hari pengasuh Abanglong boleh masak lauk kegemaran dia setiap hari. Tapi itu pun ikut mood..lima suap tu dah kira 'banyak' bagi dia..perut dah kenyang...


Masa cuti pantang bersalin kan si Adik Mak Tok pernah kejar Abanglong keliling rumah sebab nak suap dia makan...sebab dah seminggu lebih tak makan nasi asyik minum susu aje. Natijahnya terpaksa la Tok Ayah bawa round naik motor keliling kampung untuk satu suap..kemudian ronda lagi untuk satu suap yang lain..berulang-ulang hingga la habis nasi di pinggan Mak Tok. (Buat trick konon-konon minyak dah habis so, kena makan untuk refill minyak motor.) Begitu susah Abanglong nak makan nasi.

Supermak pernah menangis-nangis kecewa kerana setelah penat bertungkus lumus memasak masakan yang 'di order' Abglong, last-last dia tak nak makan langsung pun..Sentap ati mak nakkk!!

Nenek Abanglong juga pernah membawa Abanglong keliling kedainya untuk biar dia memilih apa makanan yang dia nak yang ada dalam kedai Nenek..lastly he end up dengan menunjuk ke arah kotak-kotak 'Ding Dang'...huhu!!

Mak Tok dengan Tok Ayah pernah bawa Abanglong pergi 'berubat' secara kampung untuk naikkan selera makan tapi...tak berkesan...Abanglong masih budak yang susah nak makan juga..
dan berbotol-botol vitamin Appeton Lyseine (supplement meningkatkan selera makan) dibeli dan diberikan pada Abanglong..langsung tak jalan..

Kami juga pernah bawa dia ke Doktor Pakar Kanak-Kanak di DEMC tapi keputusan dia sama sahaja...susu jugak menjadi pilihan hati...

Di sekolah, cikgu kata terpaksa bancuh susu 3 kali sehari untuk Abanglong sorang je sedangkan budak-budak yang lain hanya sekali sehari. Ini kerana dari pagi hingga ke petang dia tak nak makan apa-apa pun. 

Sebagai ibu, Supermak memang risau sangat dengan pemakanan Abanglong ni...ialah budak yang sedang membesar haruslah makan makanan yang berkhasiat dengan kadar yang mencukupi...kalau ikut diet Abanglong memang tak normal la...bayangkan dia hanya makan nasi seminggu sekali atau dua kali..itu pun makan nasi lauk telur dan kicap sahaja. Lain-lain masa dia akan minta minum susu.

Tapi Alhamdulillah Abanglong membesar macam budak biasa walaupun kurus sedikit. Dia cergas dan cerdik..Last week sekolah dia ada exam mid term. (kelakar budak tadika 4 tahun pun ada exam) dan harini hari report card...Supermak balik kerja awal sebab nak ambil report card dia..dan inilah keputusan Abanglong untuk semster ini setelah baru 5 bulan bersekolah...Supermak Bersyukur !!!...


Tuesday 12 June 2012

Ke-sterss-an..

Salam..wbkth..

Sekarang musim periksa..
walaupun Supermak hanya amik 2 subjek je untuk sem ni tetap terasa kestressannya...
sebab dah hampir sepuluh tahun meninggalkan alam 'pembelajaran'..
memang agak susah la otak ni nak berfungsi menghafal segala takrifan, terminologi, dan juga formula..
teringat zaman universiti 10 tahun lepas dulu, selalu baca notes sekali then buat mind map, lepas study baca mind map dan cuba serapkan dalam otak..selalu baca paling banyak pun 3 kali dah faham dan ingat..lepas tu try buat soalan-soalan periksa yang lepas-lepas then buat discussion dengan kawan-kawan..lepas tu hadapi exam dengan confidentnye..

Tapi sekarang belum buat mind map lagi, cuba nak fahamkan dan extract dari notes pun baca 4-5 kali still tak faham..hmmm...:'( *nangis* lepas tu kene bahagikan masa untuk study...kat office kerja pun banyak, nak kejar monitoring...kena habiskan semua analisis makmal sebelum 20 haribulan. Tarikh exam dah makin dekat..So tak cukup masa nak curi-curi study..Kat rumah pulak, kalau anak-anak masih tak tidur atau bermain-main memang tak boleh nak concentrate la..sebab 2 orang anak ni pun bising nye macam 1 nurseri..tu tak kira lagi kalau bergusti tu kena jadi referree untuk leraikan...tak kira kerja rumah lagi, masak untuk suami dan anak-anak nak makan..hmm..memang ikutkan tak ada masa la...kena tunggu semua orang tidur, dan dah siap semua kerja rumah, baru boleh buka buku..selalunya pukul 11.00 malam dan ke atas..

Kadang-kadang jiwa kecil ni mengeluh jugak la..hmm..kalau bujang kan senang...tak payah nak uruskan itu ini, tak payah fikir nak kena masak or uruskan rumah, tak payah fikir nak kena jaga anak sambil dok menghafal nota..concentrate study je 24H...mesti boleh score macam dulu-dulu...rasa nyesal tak sudah tak sambung Master ni awal-awal dulu lepas habis degree...bla..bla..bla..

Tapi bila fikir, takdir Allah Swt tu melebihi segalanya, baru Supermak fikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..lagipun uruskan keluarga dan makan minum suami pun tu satu tanggungjawab yang wajib juga..biarla tak cukup masa untuk study tapi manatau Allah beri kita keredhaan mempermudahkan kita menjawab soalan masa exam nanti??..Supermak pujuk hati ini supaya tak mengeluh lagi..lagipun menjaga hati dan perasaan suami serta mendapat keredhaannya lebih mulia..dari score masa exam tapi hati suami kita tak redha dengan apa yang kita buat..walaupun nampak susah sekarang, semoga apa jua yang Supermak lakukan akan diberkati..AMIIIINN!!!~~

Friday 1 June 2012

Tips Blogwalking

Pengertian blogwalking adalah berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Atau pengertian blogwalking yang lebih lengkap adalah kegiatan seorang blogger dalam menelusuri serangkaian blog, membaca tulisan di blog tersebut, memberikan komentar, membalas komentar meminta tukaran link, atau hanya meninggalkan komentar di kotak shoutbox. Blog-blog yang ditelusuri saat blogwalking bisa blog baru, blog sahabat yang sudah terdapat di “blogroll“, dari daftar blog yang memberikan komentar di blog blogger yang melakukan blogwalking, maupun dari daftar blog di blog lain.

Blogwalking sangat ampuh dalam promosi blog untuk meningkatkan pengunjung sehingga mempercepat peningkatan peringkat alexa (alexa rank). Bukan hanya promosi blog untuk menarik pengunjung baru namun juga bisa menambah pengunjung setia blog kita bila blogwalking dilakukan dengan baik, karena akan terjalin persahabatan antar sesama blogger atau kalau boleh disebut “bloggerhood”.

Agar kegiatan blogwalking lebih efektif sebagai cara promosi blog, berikut adalah tips-tips yang perlu diketahui saat melakukan promosi blog dengan blogwalking.

Tips-tips Dalam Blogwalking Untuk Promosi Blog

  1. Tinggalkan komentar yang sopan, bersahabat, dan sesuai dengan isi tulisan saat blogwalking sehingga anda tidak dianggap spammer dan pemilik blog maupun pengunjung lain tertarik.
  2. Sebaiknya lakukan blogwalking setelah melakukan posting di blog kita bukan sebelumnya, agar tulisan terbaru mendapat komentar dari kunjungan balik.
  3. Perbanyak blogwalking di blog yang telah memasang plugin “commentluv” dan tinggalkan komentar di blog tersebut. Plugin ini akan menampilkan judul tulisan terbaru dari blog kita di bagian bawah komentar yang kita tulis sehingga bisa menarik kunjungan balik dari pemilik blog maupun pengunjung lain di blog tersebut.
  4. Perbanyak blogwalking dan komentar di blog yang memasang plugin “Top Commentator”. Dengan begitu nama dan blog kita akan terpasang dibagian sidebar dan umumnya blogger suka dengan pemberi komentar terbanyak dengan kualitas komentar yang baik.
  5. Perbanyak blogwalking ke blog yang menganut system “dofollow” dan tinggalkan komentar di blog tersebut. Selain menarik pengunjung, blog dofollow juga bisa memberikan tambahan backlink gratis ke blog kita.
  6. Saat blogwalking sebaiknya tinggalkan komentar di bagian tulisan atau postingan blog yang dikunjungi daripada meninggalkan komentar di bagian “shoutbox“. Komentar di bagian tulisan bisa lebih interaktif dibandingkan di shoutbox, sehingga tidak hanya menarik empunya blog untuk berkunjung balik tapi juga pengunjung lain.
  7. Hindari menyisipkan link di komentar saat blogwalking karena berpotensi dideteksi sebagai komentar spam. Manfaatkan fasilitas “commentluv” bila blog yang dikunjungi sudah memasang plugin tersebut atau widget “shoutbox” untuk meninggalkan link.
  8. Perbanyak blogwalking dan komentar di blog yang memiliki niche yang sama dengan blog kita, karena kemungkinan besar pengunjung blog tersebut memiliki minat yang sama.
  9. Tambahkan blog yang kita anggap bermanfaat ke blogroll blog kita dengan bertukaran link, untuk mempermudah kunjungan balik ke blog tersebut.
  10. Berlangganan rss feed blog yang kita anggap bermanfaat untuk mengetahui setiap ada tulisan terbaru di blog tersebut dan tinggalkan komentar di tulisan tersebut. Makin awal kita memberikan komentar yang bermanfaat, biasanya makin dihargai oleh pemilik blog.

Kesimpulan dan Tips Tambahan blogwalking untuk promosi blog

Secara keseluruhan yang perlu diperhatikan saat blogwalking adalah meninggalkan komentar. Atau istilahnya tak ada blogwalking tanpa komentar . Meskipun blogwalking cukup efektif untuk promosi blog namun ada kelemahannya yaitu membutuhkan waktu lebih banyak. Saat kita berhenti melakukan blogwalking biasanya trafik blog juga akan menurun.

Namun hal ini kembali tergantung dari kualitas tulisan blog kita. Kalau tulisan blog kita berkualitas, kunjungan balik akan tetap ada walaupun kita hanya satu kali melakukan promosi blog dengan blogwalking ke blog tersebut.

Alahamdulillah..Syukur....Sudah 5 tahun..!!

Alhamdullillah!!..syukur...sudah 5 tahun..

sudah 5 tahun atau baru 5 tahun??

apa yang ada dalam 5 tahun??
5 tahun lepas tahun ape yer...(congak-congak..)
2007...

macam-macam yang boleh terjadi dalam 5 tahun..
kalau 5 tahun dulu Supermak berat 47kg..sekarang dah 57kg...dan sometime 57kg++..(saje tau tak nak bagitau berat sebenar!!)
kalau orang bersalin, anak dah boleh masuk tadi lima tahun..
kalau budak sekolah 5 tahun lepas baru darjah satu..sekarang dah darjah enam..dah boleh amik periksa UPSR..
kalau budak tingkatan satu pulak, dah boleh amik SPM dah tahun ni...sebab dah tingkatan 5..

ape lagi??
(cepat-cepat..otak bagila idea..)

ooh...loan kereta Mr. Hubby...akan habis tahun ni..sebab ambil loan 7 tahun..
then..
hmm...warranty mesin basuh pun akan habis tahun ni sebab dah 5 tahun pakai..

lagi??..lagii??..

kalau orang baru kahwin...masuk 5 tahun ni maybe dah 2 anak...
(eh macam sama jer???..)

yupp!!..
Today is our 5th anniversary...
cepat je masa berlalu...meninggalkan kita..
macam-macam yang berlaku dalam 5 tahun..macam-macam memori yang kita dapat..
tak kira gembira, sedih, terharu, terkejut+terkujat, seronok, sakit hati...macam-macam lagi.

Supermak bersyukur kerana Allah SWT masih memberi Supermak peluang untuk bernafas di muka bumi ini bersama orang-orang yang Supermak sayang..

Bagi Supermak, tempoh 5 tahun ni banyak beri pengajaran dan pengalaman baru..
dari mula kahwin, belajar macam mana nak jadi isteri, kemudian mengandung, belajar menempuh pengalaman mengandung dan bersalinkan anak (bukan sekali tau...2 kali..) bersyukur sangat kerana dipilih oleh Allah untuk merasai pengalaman-pengalam macam ni...jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang tidak dapat peluang mendapat pengalaman sebegini..

Pengalaman mengandung, bersalin dan menjaga anak-anak ni memang memberi pengajaran yang besar pada Supermak terutama dalam menghargai kehidupan...

Kemudian belajar cara nak jadi ibu...menguruskan rumahtangga dan kerjaya sesempurna mungkin..pengalaman ni beri Supermak pengertian mengenai jerih perit kaum ibu yang sentiasa berkorban untuk keluarga..

Kemudian dapat rezeki kerja di tempat yang Supermak memang idam-idamkan...walaupun tak dapat jawatan yang sepatutnya, Supermak masih lagi bersyukur sangat-sangat sebab jika dibandingkan dengan graduan-graduan yang alain ada yang terpaksa jadi surirumah tangga je selepas kahwin sebab tak dapat kerja..Syukur sangat-sangat!! Alhamdulillah!!

Kemudian dapat pula tawaran menyambung cita-cita Supermak..sambung study di peringkat Master...dengan keadaan Supermak yang sibuk berkerja dan berkeluarga ni Allah masih beri peluang pada Supermak untuk teruskan impian yang terpendam..Alhamdulillah!!!...

Supermak berdoa sangat-sangat supaya jodoh kami panjang hingga ke syurga...Amin!!
Semoga hari-hari mendatang akan lebih memberi kebahgiaan dan kegembiraan dalan hidup ini...Amin!!
Yesss!..I'am blessed!!


Supermak Bersyukur~~

Sunday 20 May 2012

Pertandingan Jonhson's Baby Of The Year 2012

Sejak kelahiran Abanglong sehingga la sebelum dia dapat adik Supermak memang suka masukkan dia kat mana-mana contest baby. Banyak jugak contest yang Supermak participate. Ada yang menang tempat kedua, ada juga ketiga dan pernah juga dapat hadiah saguhati yang tak dapat apa-apa pun pernah jugak. Tapi Supermak tak putus asa sebab memang suka join contest-conyesy baby ni.. Walaupun tak pernah dapat johan tapi Supermak bersyukur jugakla sebab sekurang-kurangnya Abanglong pernah la jugak dipanggil oleh organizer untuk majlis penyampaian hadiah @ ujibakat kanak-kanak. Serius memang dulu-dlu Supermak rajin sangat masuk contest-contest macam ni..pantang ad,a confirmla Supermak atau Mr. Hubby akan bawa Abanglong join. Maklum la, anak first memang excited la bab-bab macam ni..lagipun masa Abanglong kecil-kecil dulu dia suka tangkap gambar dan boleh dikatakan pandai posing jugakla..hasilnya kebanyakkan gambar-gambar dia semua comel-comel. Tapi sekarang bila dah besar dah tak suka ambil gambar pulak...dia pulak jadi tukang tangkap gambar. 


Antara contest yang Supermak masukan Abanglong dulu-dulu adalah Pertandingan Johnson's Baby of The Year. Tiap-tiap tahun tak pernah miss. Tahun pertama dia masuk pada tahun 2008 sempat sampai ke peringkat akhir, masa audition bakat kalah pulak..dah tak ada rezeki..tahun kedua 2009, Abanglong masuk sekali lagi tapi kalai ni kami tangkap gambar kat Tesco je..oleh kerana kualiti gambar pun tak berapa ok, dan mood Abanglong masa photoshoot tu tak berapa baik sebab kerja nak main 'game' kat playground sebelah foodcourt tu, maka sebab itu la kot dia tak terpilih..tahun ketiga 2010, Abanglong masuk lagi, kali ni menang hadiah saguhati..hamper barangan Johnson's Baby bernilai RM100.00 Jadi la kan?? tahun ni dia dah 4 tahun, so dah tak boleh join dah contest ni sebab contest ni hanya untuk baby-baby yang berumur 3 tahun kebawah..


So, tahun ni Supermak rasa giliran adik pulak mencuba nasib. Supermak baru je daftarkan nama Adik semalam. Hopefully ada la rezeki Adik, Insyaallah...tak la mengharap sangat tapi kalau Allah nak bagi rezeki, Insyaallah Adik terpilih Amin!!..


Cara-cara nak masuk contest ni senang je..


1. Pekara pertama yang mesti dilakukan ialah beli berangan Johnson's Baby maksimum RM10 untuk satu gambar, di kedai-kedai berhampiran rumah anda, (pastikan resit pembelian tu disimpan, kalau boleh jangan la beli kat kedai-kedai yang tak mempunyai cash register yang tak mengeluarkan resit.)

2. On Fb anda, kemudian search for 'I love Jonhson's Baby' kemudian 

3. klik 'Like' pada profil tersebut.

4. Kemudian klik kat icon contest dan daftar-isi butir-butir peribadi anda dan baby anda, 

5. Kemudian upload gambar yang hendak dmasukkan dalam contest ni..jangan lupa attach kan sekali resit pembelian barangan Jonhson Baby tu.

6. Kemudian hantar. 


Senang je kan? Jom masuk ramai-ramai!! Selamat Mencuba!!


Ini pulak Gambar Adik yang Supermak daftarkan..cute tak??like mother like son okeh??

Baaaa.....Cakkk!!