Tuesday 12 June 2012

Ke-sterss-an..

Salam..wbkth..

Sekarang musim periksa..
walaupun Supermak hanya amik 2 subjek je untuk sem ni tetap terasa kestressannya...
sebab dah hampir sepuluh tahun meninggalkan alam 'pembelajaran'..
memang agak susah la otak ni nak berfungsi menghafal segala takrifan, terminologi, dan juga formula..
teringat zaman universiti 10 tahun lepas dulu, selalu baca notes sekali then buat mind map, lepas study baca mind map dan cuba serapkan dalam otak..selalu baca paling banyak pun 3 kali dah faham dan ingat..lepas tu try buat soalan-soalan periksa yang lepas-lepas then buat discussion dengan kawan-kawan..lepas tu hadapi exam dengan confidentnye..

Tapi sekarang belum buat mind map lagi, cuba nak fahamkan dan extract dari notes pun baca 4-5 kali still tak faham..hmmm...:'( *nangis* lepas tu kene bahagikan masa untuk study...kat office kerja pun banyak, nak kejar monitoring...kena habiskan semua analisis makmal sebelum 20 haribulan. Tarikh exam dah makin dekat..So tak cukup masa nak curi-curi study..Kat rumah pulak, kalau anak-anak masih tak tidur atau bermain-main memang tak boleh nak concentrate la..sebab 2 orang anak ni pun bising nye macam 1 nurseri..tu tak kira lagi kalau bergusti tu kena jadi referree untuk leraikan...tak kira kerja rumah lagi, masak untuk suami dan anak-anak nak makan..hmm..memang ikutkan tak ada masa la...kena tunggu semua orang tidur, dan dah siap semua kerja rumah, baru boleh buka buku..selalunya pukul 11.00 malam dan ke atas..

Kadang-kadang jiwa kecil ni mengeluh jugak la..hmm..kalau bujang kan senang...tak payah nak uruskan itu ini, tak payah fikir nak kena masak or uruskan rumah, tak payah fikir nak kena jaga anak sambil dok menghafal nota..concentrate study je 24H...mesti boleh score macam dulu-dulu...rasa nyesal tak sudah tak sambung Master ni awal-awal dulu lepas habis degree...bla..bla..bla..

Tapi bila fikir, takdir Allah Swt tu melebihi segalanya, baru Supermak fikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..lagipun uruskan keluarga dan makan minum suami pun tu satu tanggungjawab yang wajib juga..biarla tak cukup masa untuk study tapi manatau Allah beri kita keredhaan mempermudahkan kita menjawab soalan masa exam nanti??..Supermak pujuk hati ini supaya tak mengeluh lagi..lagipun menjaga hati dan perasaan suami serta mendapat keredhaannya lebih mulia..dari score masa exam tapi hati suami kita tak redha dengan apa yang kita buat..walaupun nampak susah sekarang, semoga apa jua yang Supermak lakukan akan diberkati..AMIIIINN!!!~~

No comments:

Post a Comment