Wednesday 2 May 2012

Doa Pengikat Kasih Sayang...

Harini Supermak google doa-doa harian ..saje la nak google..sementara tengah free ni..
macam-macam doa yang Supermak dapat..antara yang menarik ialah..doa pengikat kasih sayang...dari sebuah blog...http://sofira.blogspot.com/2006/12/doa-pengikat-kasih-sayang.html

doa nya berbunyi macam ni...

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini dirumus dari surah al Ghaafir ayat 60.

A060
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja.
(kalau iringi suami keluar pintu rumah tu jangan setakat salam dan cium pipi or pesan suruh bawa balik souvenir mahal-mahal je...elok juga iringi dia dengan bacaan doa seperti di atas..doakan keselamatan dia semoga selamat pergi dan selamat kembali..dan permudahkan segala urusan dia sepanjang dia di sana..)

Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

(yer betul..kita tak tau apa yang akan suami tempoh atau jumpa di sepanjang perjalanan dia...maka doakanlah agar dia tidak melakukan sebarang pekara yang dilarang oleh Allah SWT. Juga kuatkan ingatan si suami terhadap isteri dan juga anak2..kalau ingat isteri dan anak -anak di rumah mesti takut nak buat benda-benda tak baik..betul tak??)

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

 (Amin!..semoga suami kita menjadi orang-orang yang berperibadi mulia...seperti Rasulullah S.A.W!)



Haa..para isteri-isteri!!..dan bakal isteri...cepatlah hafal...semoga mendapat keberkatan dariNya..Amin!!

~Sharing is Caring!~~~

No comments:

Post a Comment