Wednesday 14 March 2012

Bad Luck Doesn't Has Smell..

Malang memang tidak berbau...(siapa la cipta peribahasa ni...)..
Cuba kalau orang dulu-dulu cipta peribahasa Malang Itu Sudah Berbau..atau Berbau Sungguh Malang Itu..atau Sudah Berbau Malang Itu..kan senang..dari bau je kita boleh mengelak pekara-pekara malang yang akan menimpa kita...(agak-agak korang kalau ada bau, macamana la kan bau malang tu??..)


Nak dijadikan cerita..semalam Baby Grey Supermak telah dilanggar orang...sungguh la malang itu tak berbau..
Kalau boleh bau dah lama Supermak elak supaya tak lalu jalan tu..dah tak pasal-pasal Baby Grey Supermak tercedera..nasib baik tak teruk sangat tapi sadis jugakla bila tengok baby Grey kemek dan 'bederemen' (bahasa orang Kedah untuk menyatakan betapa teruknya bertanda @ berparut).
Kalau nk ikutkan memang bukan salah Supermak la..lelaki yang langgar Baby Grey Supermak tu tak toleh belakang sebelum undur kerete..ni kes nak cepat la main undur je tak toleh belakang...kot ye pun David Teoh kata Jangan Pandang Belakang bila kite tengah bawa kereta malam-malam sorang-sorang di jalan yang sunyi or  menyeramkan tak pela...tapi ni dah siang-siang buta dah tentu-tentula kat Stetsen Minyak Petronas Puchong Utama tu penuh dengan orang...nak-nak pulak lepas office hour comfirm la penuh..apa masalahnye la yang dia tak nak toleh belakang dulu sebelum reverse..kan dah menyusahkan orang lain..dan yang paling penting macam mana Supermak nak pergi kerja ni kalau Baby Grey masuk workshop?? adoiyaiii!!~~mari sama-sama berpikir-->Kenapala Malang itu Tak Berbau??..huh!!

No comments:

Post a Comment